“Nasib Tak Keluar Silat Pulut Saya Tau!” – Siti Nurhaliza Ny4ris Terl4nggar Dulang Bek4s Hidang4n

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berdepan situasi cem4s apabila dirinya hampir bertembung dengan seorang pramusaji yang membawa dulang bekas hidangan.

Siti Nurhaliza atau Siti Nurhaliza Tarudin, 43, memberitahu kejadian tersebut berlaku sebelum membuat persembahan di sebuah hotel di ibu kota pada malam Sabtu.

“Kejadian sebelum masuk dewan. Terperanjat adik. Saya pun rasa adik pramusaji itu terperanjat tengok saya.

“Tetapi Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku. Pinggan tidak pecah dan saya buat persembahan seperti biasa.

Siti ketika membuat persembahan Konsert Queen Of The Night di sebuah hotel di ibu kota.

“Nasib baik saya tidak melat4h kalau tidak sudah keluar silat pulut saya tau,” katanya.

Siti kongsikan kejadian tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik ke Instagram.

Meskipun berdepan dengan keadaan yang tidak diduga, Siti dipuji kerana kekal dengan sikap profesional dan tetap meneruskan nyanyian seperti biasa meskipun hampir berlanggar dengan dulang berkenaan.

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian daripada warganet termasuk golongan selebriti.

Sebahagian komen netizen terhadap video yang dimuat naik oleh Siti di Instagram.

“Nasib baik Datuk. Apa pun hormat Datuk tidak marah pekerja itu. Siap senyum lagi. Dia terkejut tengok Datuk Siti depan dia. Kalau saya pun terkejut.

“Dia terkejut dan terpegun nampak Datuk Siti. Depan mata saya pun begitu kalau jumpa Datuk Siti. Teringin nak tengok depan,” tulis netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Fb

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Nasib Tak Keluar Silat Pulut Saya Tau!” – Siti Nurhaliza Ny4ris Terl4nggar Dulang Bek4s Hidang4n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*