Asyik tunjuk Namie, sekalinya Shiha Zikir terkejut sampai terduduk jadi pemenang Superstar Paling Gempak

Berakhirlah sudah penantian penonton selepas beberapa minggu tertunggu-tunggu dengan keputusan pemenang bagi rancangan Musikal Lawak Superstar 3. Umum diketahui, kumpulan UBI yang dianggotai oleh Namie, Sharif Zero dan Fad Bocey memenangi gelaran juara manakala tempat kedua jatuh kepada kumpulan CILI iaitu Shiha Zikir, Achey dan Ali Puteh.

Walau bagaimanapun, selain kemenangan tersebut Shiha Zikir juga dinobatkan sebagai pemenang Superstar Paling Gempak yang mana dia juga terkejut dan sempat meluahkan rasa syukur dengan kemenangan tersebut kepada umum.

Shiha

“Bila tengok balik video ni ada jugak moment kelakar sebab even nama Shiha yang keluar tapi Shiha suruh Namie yang ambik. Apa-apa pun terima kasih juri-juri yang dah pilih nama Shiha untuk Superstar Paling Gempak musim 3. Shiha terima dengan rendah hati dan sangat-sangat bersyukur.

“Sejujurnya Shiha sebak bila segala karakter yang Shiha cuba buat dipentas Muzikal Lawak Superstar 3, diberi penghargaan sebegini. Lagi pun Shiha penuh dengan kekurangan berbanding insan hebat yang lain tapi Shiha hanya mampu push diri sendiri untuk buat yang terbaik setiap minggu. Terima kasih banyak, Alhamdulillah.” Katanya diruangan kapsyen panjang meluahkan perasaan syukur dengan kemenangannya yang diperoleh pada malam tadi.

Video:

@shihazikir

Bila tengok balik video ni ada jugak moment kelakar sebab even nama Shiha yang keluar tapi shiha suruh Namie yang ambik 🥹 Apa2 pun terima kasih buat Juri2 yang dah pilih nama Shiha untuk Superstar Paling Gempak musim 3. Shiha terima dengan rendah hati & sangat2 bersyukur. Sejujurnya Shiha sebak bila segala karakter yang Shiha cuba buat dipentas Muzikal Lawak Superstar 3,diberi penghargaan sebegini.Lagi pun Shiha penuh dengan kekurangan berbanding insan hebat yang lain tapi Shiha hanya mampu push diri sendiri untuk buat yang terbaik setiap minggu.. Terima kasih banyak2 🏆 Alhamdulillah 📸: @khairulibrahim_ 🙏🏻

♬ original sound – shihazikir

Dalam pada itu, diruangan komen video Shiha Zikir yang menyangka Namie sebagai pemenang Superstar Paling Gempak itu menyebabkan ramai membanjiri dengan reaksi positif terhadap usahanya selama berada di pentas lawak tersebut.

“Memang layak dapat…”

Shiha

“10 minggu memang saya gelak…”

IMG_20220924_173537

“Yunk memang lawak giler awak melawak…”

Shiha

“Tahniah kami harap Namie.. tapi rezeki milik Shiha”

IMG_20220924_173617

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:  https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment on "Asyik tunjuk Namie, sekalinya Shiha Zikir terkejut sampai terduduk jadi pemenang Superstar Paling Gempak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*