Pada usia 40 tahun Mark Adam belajar Alif Ba Ta Dan Mendapat Reaksi Positif Daripada Netizen Kerana Kesungguhan Nya

Pemilik nama penuh Fikri Mark Adam Abdullah itu juga mempunyai sebuah pusat latihan vokal malah hampir setiap hari mengajar anak muridnya aspek lontaran suara untuk menyanyi dengan merdu.

Namun berbeza pula kali ini apabila penyanyi berusia 40 tahun itu diajar untuk membaca Iqra oleh seorang pengajar sebagai permulaan bagi mempelajari kitab suci al-Quran.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Insyaallah Thank u Ustaz 🙏🙏🙏

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

“Insyaallah terima kasih ustaz,” tulis Mark ringkas dengan memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya.

Rakaman video berdurasi 55 saat berkenaan kelihatan penyanyi lagu Pencuri itu menyebut satu persatu huruf hijaiyyah sambil diperbetulkan oleh pengajar tersebut.

Perkara itu mengundang perhatian peminat dan pengikut selain mendapat pelbagai reaksi positif daripada mereka yang memuji kesungguhan Mark dalam mempelajari al-Quran.

Sumber : Mark Adam