“Minat Motor Bukan Sebab Banyak Duit” – Miliki 37 Buah Motor, Setiap Koleksi Achey Ada Kisah Tersendiri

Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019) Achey kini sudah memiliki sebanyak 37 buah koleksi motosikal.

Menurut Achey, dia tidak membelinya dengan bersahaja sebaliknya setiap motosikal yang dimilikinya itu mempunyai nostalgia tersendiri.

Achey berkongsi perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.

“Ya 37 biji… Aku minat motor bukan sebab aku banyak benar duit… Gunung kalau ditarah lama2-lama rata juga.

“Tapi motosikal MAMPU MILIK yang aku minat dan aku beli kebanyakannya adalah hasil dari kenangan-kenangan aku yang aku pernah bawa, tengok, idaman mahupun duduk sahaja di atasnya.

“Hampir separuh motosikal yang aku beli bukan atas apa-apa tapi ada juga di sebabkan HAMBA ALLAH dalam kesusahan.

“Nak pinjam risau dia tak bayar jadi diorang jual moto apa yang ada walaupun motosikal itu taklah cantik mana dengan nilai yang mereka nak pakai.

“Tapi atas kerana ada sifat yang mak bapa aku ajar dari kecik tu sikit dalam diri maka tolong la… Tolong sana, tolong sini sampai la dah berbijik-bijik menjadi koleksi.

“BFE8525 Modenas Kriss 110 first model. Dulu motor ni kepunyaan abgan aku @razipfotovideo. Dia tak jual tapi aku bela masa dia kerja keyyel dulu.

“Asal balik kampung je aku la yang hantam ini motor dengan bangganya tunjuk kat kawan-kawan. Moto ni fav aku pergi marhaban kalau raya.

“Motor ni juga buat aku kena bantai dengan @razipfotovideo pasal bawak jauh-jauh tak ada lesen dulu. Dia marah je tapi abang yang lain seronok tibai aku.

“Aku tak akan biarkan motor ni ketinggalan zaman sebab aku ada kenangan dengannya. Bantuan @aqid_jumali_54 aku jet3 mm piston 58mm gearbox kacuk, coverset full hitam, rim sp522 rcb di pasang oleh @xgear_bikers_zone , uma 28, ekzos daeng4 dari @syahid_shaidan.

“Itu je, masih lagi dalam pembikinan sikit sebab motor lain pun nak manja-manja juga. Sekian sahaja dulu kita sambung lagi nanti,” kongsinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya 37biji….Aku minat moto bukan sebab aku banyak benar duit… gunung kalau di tarah lama2 rata juga… tapi motosikal MAMPU MILIK yang aku minat dan aku beli kebanyakannya adalah hasil dari kenangan2 aku yang aku pernah bawak,tengok,idaman mahupun duduk sahaja di atasnya… .. .. hampir separuh motosikal yang aku beli bukan atas apa2 ..tapi ada juga di sebabkan HAMBA ALLAH dalam kesusahan .. nak pinjam risau dia tak bayar.. jadi diorang jual moto apa yang ada walaupun motosikal itu takla cantik mana dgn nilai yang mereka nak pakai… tapi atas kerana ada sifat yang mak bapak aku ajar dari kecik tu sikit dalam diri maka tolong la… tolong sana, tolong sini sampai laa dah berbijik2 menjadi koleksi.. .. .. BFE8525 modenas kriss 110 first model.. dulu moto ni kepunyaan abg aku @razipfotovideo .. dia tak jual tapi aku bela..masa dia kerja keyyel dulu .. asal balik kg je aku laa yang hantam ini moto dengan bangganya tunjuk kt kawan2… moto ni fav aku g marhaban kalau raya.. moto ni jugak buat aku kena bantai dengan @razipfotovideo pasal bawak jauh2 takda lesen dulu.. dia marah je tapi abg yang lain seronok tibai aku .. 🤣🤣.. .. . Aku takkan biarkan moto ni ketinggalan zaman… sbb aku ada kenangan dengannya… bantuan @aqid_jumali_54 aku jet3 mm piston 58mm gearbox kacuk, coverset full hitam , rim sp522 rcb di pasang oleh @xgear_bikers_zone , uma 28, ekzos daeng4 dari @syahid_shaidan .. itu je.. masih lagi dlm pembikinan sikit.. sbb moto lain pun nak manja2 jugak 🤣🤣… .. Sekian sahaja dulu.. kita sambung lagi nanti #krissakti #sejarahmotoachey #kintangkintung #gengasap #petiknyala #pepahje #acheyracingteam #mudgone

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Dalam perkembangan terbaru, Achey kini sibuk dengan program MMLM2019.

MLM2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau MLNAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak