“Benda Ni Pun Jadi Isv? Lepas Ni Pakai Selipar Aja” – Kasut MB Johor Bernilai RM40K, TMJ Bid4s Pemf1tnah

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim men3mpelak segelintir pihak yang mend4kwa Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membeli sepasang kasut berjenama mewah bernilai RM40,000.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, TMJ meminta Onn Hafiz untuk tidak mempedulikan tuduhan yang tidak berasas daripada sesetengah orang.

“Benda macam ni pun jadi issue? Datuk saya cadangkan lepas ni Dato pakai selipar aja.
“Baru semalam saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Dato dan beberapa pegawai kerajaan,” tulis Tunku.

Tunku Ismail turut bertitah supaya Onn Hafiz terus menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk negeri Johor.

“Dato, nasihat saya jalankan tugas untuk negeri Johor. Jangan melayan sangat apa orang nak cakap. Yang penting buat kerja,” ujar beliau lagi.

Pada Isnin, Onn Hafiz menafikan beliau membeli sepasang kasut yang berharga puluhan ribu ringgit.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu lagi, kasut dari jenama Berluti itu merupakan kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

“Fitn4h dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan.

Terdahulu, beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan 1su kasut itu yang dipetik daripada akaun media sosial milik seorang indiv1du mendakwa Onn Hafiz membeli kasut berharga ribuan ringgit sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di fb

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“Benda Ni Pun Jadi Isv? Lepas Ni Pakai Selipar Aja” – Kasut MB Johor Bernilai RM40K, TMJ Bid4s Pemf1tnah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*