[VIDEO] Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Keinginan Wanita Ini Memeluk Islam Tercapai

Seorang tentera wanita yang berasal dari Sarawak baru sahaja memeluk islam baru-baru ini. Berita gembira yang dikongsikan di laman Facebook, Berita Tentera Darat Malaysia telah mendapat respon positif daripada warganet. Pengislaman tentera wanita itu turut menarik perhatian Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu apabila beliau memuat naik video pengislaman tersebut di akaun Twitter miliknya.

Menerusi video tersebut, dilihat Patricia Evelyn Renggei atau nama Islamnya ialah Nur Umairah Zahra Abdullah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Pengarah Agama Markas Tentera Darat, Kolonel Muhamad Azmi Wahab.

Nur Umairah merupakan seorang tentera berpangkat Pbt daripada Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia (MK TD-CSM) .

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Facebook Berita Tentera Darat Malaysia mengatakan majlis tersebut telah diadakan di Surau Al-Hidayah di Kementerian Pertahanan.

Majlis pengislaman itu didahului dengan bacaan surah Al-Fatihah dan tazkirah ringkas sebelum dua kalimah syahadah dilafazkan oleh Nur Umairah.

Beliau mengakui tertarik dengan agama Islam sejak di zaman persekolahan lagi dan hasrat untuk memeluk agama Islam semakin kuat apabila ditukarkan dari JRP (Jabatan Arah Rekod dan Pencen) ke CSM (Cawangan Sumber Manusia) disebabkan mendapat sokongan yang penuh daripada pegawai serta rakan sejawat.

Kisah gembira ini turut dirasai oleh warganet terutamanya mereka yang beragama Islam. Rata-rata daripada mereka bersyukur dan mengucapkan tahniah dengan khabar gembira ini. Mereka turut mendoakan agar Nur Umairah sentiasa dilindungi Allah dan mendpaat keberkatan dari-Nya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mohamad Sabu, Berita Tentera Darat Malaysia via OHBulan

Be the first to comment on "[VIDEO] Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Keinginan Wanita Ini Memeluk Islam Tercapai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*