Suami sedih isteri Meningg4l kem4langan – “Kami baru sahaja melangsungkan pernikahan Sabtu lepas”

SUDAH tentu saya sedih kerana kami baru sahaja melangsungkan pernikahan Sabtu lepas, demikian luahan suami m4ngsa kem4langan m4-ut di Tapah, Perak, Azman Syah Gusti.

Isterinya Salwati Yaakob, 28, meningg4l dunia di tempat kejadian dalam kem4langan membabitkan lapan kenderaan di Km317 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, Selasa malam.

Azman Shah, 28, juruteknik di Setapak, Kuala Lumpur berkata ketika kejadian dia dan isteri bersama seorang lagi rakan wanita isterinya dalam perjalanan dari Kuala Kedah, Kedah untuk pulang ke Kuala Lumpur.

“Kami melangsungkan majlis perkahwinan hujung minggu lalu di kampung halaman isteri di Kuala Kedah dan sepatutnya majlis persandingan pihak keluarga lelaki akan diadakan di Sungai Buloh, Selangor pada 24 November ini.

“Saya terima dengan reda walaupun sedih dengan pemergiannya,” katanya ketika ditemui Bernama di perkarangan Unit Forensik Hospital Tapah di sini, hari ini.

Ibu Salwati, Zaimah Hamim, 46, berkata anak sulung daripada tujuh beradik tersebut tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum dia dan suaminya bertolak dari Kuala Kedah kira-kira 6 petang, Selasa.

“Makcik berborak seperti biasa dengan arw4h sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur, tak nampak apa-apa perubahan pun,” katanya memaklumkan anak perempuannya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kem4langan pada 11.15 malam itu melibatkan empat lori, kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero, Perodua Myvi dan Axia serta Honda Accord.

Wan Azharuddin berkata turut m4-ut di lokasi ialah Beh Xiu Zhung, 5, penumpang Pajero.

Kem4langan dipercayai berlaku apabila lori muatan kertas yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur hilang kawalan dan mel4nggar belakang kenderaan Perodua Axia dan seterusnya menyebabkan pel4nggaran antara kenderaan yang lain. – BERNAMA.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Mstar

 

Be the first to comment on "Suami sedih isteri Meningg4l kem4langan – “Kami baru sahaja melangsungkan pernikahan Sabtu lepas”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*