” Tengok Makanan Pun Rasa Nak Munt4h, Dapur Dah Lama Tak Ber4sap” – Isteri Saharul Ridzwan Alah Teruk

Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir yang kini sedang mengandung anak kedua mendedahkan bahawa dia mengalami alahan yang teruk kali ini.

Menurut Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 31, dia juga sudah lama tidak ke dapur bagi menyediakan juadah kerana dirinya tidak tahan dengan bau masakan.

“Deena alah bau masakan, tengok makanan pun nak muntah.

“Dua-dua kehamilan alah pada bau goreng dan bau masakan. Lari dari dapur duduk luar rumah. Dapur dah lama tak berasap,” kongsinya di Instagram.

Jelas Deena lagi, dalam tempoh kehamilan kali ini, badannya juga berasa kurang bertenaga berbanding ketika mengandung anak sulung.

“SubhanaAllah, banyak sangat yang Deena belajar sepanjang kehamilan kedua ini. Betul-betul berbeza dengan kehamilan sebelumnya.

“Secara fizikal, badan memang agak lemah sedikit dan sebab itu mental kena kuat. Kena set di fikiran setiap apa yang jadi itu ada kebaikan,” luahnya.

Sebelum ini, berita gembira mengenai kehamilannya dikongsikan Saharul pada bulan lalu.

BACA:“Terima Kasih Untuk Pengorbanan Besar Sekali Lagi” – Saharul Ridzwan Teruja Isteri Hamil Anak Kedua

Deena dan Saharul, 30, mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Disebabkan mummy belum datang mood untuk bersosial 🥴 so kita letak muka anak dulu la ye. SubhanAllah banyak sangat yang Deena belajar sepanjang my 2nd pregnancy. Totally different dengan the previous one. Physically memang agak weak sikit, and because of that mental kena kuat, kena always set mind tu setiap apa yang jadi tu ada kebaikan. Think positive as much as you can. Can you share apa pengalaman korang? Orang kata lain anak lain ragam dia kan. Ali lagi nak dapat adik lagi dia clingy ya amat.

A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Appreciation post goes to my dearest husband ❤️ @saharulridzwan He’s currently on the Maritime Ship due to shooting schedule for a week (Coast Guard Film). Mula mula memang payah, tapi bila fikir peluang mungkin datang sekali since husband memang idamkan watak fighter dalam film. Teruskan juga. Memang tidur makan minum mandi semua atas kapal yang sedang berlayar. Tak banyak entertainment yang boleh dilayan. Before this dekat pulau, shooting dari pukul 5 petang sampai 6-7 pagi esoknya sebab perlukan scene malam/gelap/takde orang. Redah hujan naik fast boat. Ombak besar jangan cerita la 🥴 Deena betul betul salute pada pasangan yang in long distance relationship, once a month (or maybe more) baru dapat bersatu suami isteri, peluk anak2. This is our first experience berjarak jauh for quite some times atas tuntutan kerja si suami. Routine ni akan berakhir InShaaAllah another 1-2 months 😔 Cara lepas rindu memang kena text, facetime, video call, call, voice note (itupun kalau ada line) or record video awal2 untuk simpan dalam album :’) . . Selain sabar, sibukkan diri dengan aktiviti lain. Suami berkorban duduk jauh jauh cari rezeki, macam macam effort dibuat sepanjang process cari rezeki tu, berhabis duit, ada yang terpaksa bahayakan diri, isteri pun mana yang bekerja pun sama juga, menahan rindu. Uruskan hal rumah, anak2 sendiri. Memang kena doa banyak banyak minta Allah s.w.t lindungi suami, isteri anak anak keluarga di mana pun berada, diberi keberkatan dalam rezeki yang sedang diusahakan tu, pergi & pulang dengan selamat ke destinasi yang ingin di tuju. Tahniah pada yang berjaya mengharungi semua ni bertahun tahun. #TillJannah #ThankyouHusband 😢👏🏻❤️

A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on

sumber : gempak

Be the first to comment on "” Tengok Makanan Pun Rasa Nak Munt4h, Dapur Dah Lama Tak Ber4sap” – Isteri Saharul Ridzwan Alah Teruk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*