[VIDEO] “Abah Nak Cuba Boleh? Abah Tak Pernah Pakai…” – Bapa Teringin Sarung Jubah Konvo Anak Buat Ramai Sebak

Majlis konvokesyen merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap graduan setelah bertungkus-lumus selama beberapa tahun untuk menamatkan pelajaran mereka. Selain pelajar, ibu bapa juga merupakan individu yang turut merasai kegembiraan ini setelah banyak berkorban demi melihat kejayaan anak mereka.

Terbaru, menerusi laman Twitter, Aiman Hamizan ada berkongsi satu video yang menunjukkan momen apabila bapa menyuarakan hasrat untuk memakai jubah konvokesyennya. Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya sebak melihat situasi itu.

Menerusi video yang dikongsikan, bapa Aiman dilihat tersenyum dengan wajahnya yang gembira disamping memakai jubah konvokesyen serta topi anaknya itu. Aiman kemudian merakam momen berharga itu untuk mengabadikan sebagai kenangan terindah buat mereka sekeluarga.

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Aiman, bapanya telah menyuarakan keinginan untuk mengenakan jubah konvokesyen tersebut memandangkan dia tidak pernah berkesempatan untuk memakainya sebelum ini.

Perkongsian ini telah mendapat perhatian daripada warganet yang rata-rata daripada mereka turut berkongsi situasi yang sama dihadapi oleh Aiman semasa meraikan hari konvokesyen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Aiman Hamizan via OHBulan

 

 

Be the first to comment on "[VIDEO] “Abah Nak Cuba Boleh? Abah Tak Pernah Pakai…” – Bapa Teringin Sarung Jubah Konvo Anak Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*