Gigi Baru Nak Tumbuh, Kadang-kadang Boleh Demam Anak. Mak Ayah Diingatkan Supaya Rajin Angkat Bibir Baby

Setiap daripada pasangan yang baru sahaja dikurniakan dengan cahaya mata pastinya akan mula tertanya-tanya pada umur berapakah gigi bayi mereka akan tumbuh.

Ini kerana, ada diantara ibu bapa ini yang tiada pengalaman serta kepakaran untuk mengenali tanda-tanda bahawa bayi mereka akan tumbuh gigi.

Secara lazimnya, gigi bayi akan tumbuh semasa bayi tersebut berumur sekitar enam bulan. Justeru, ibu bapa yang mempunyai bayi berumur dalam lingkungan ini perlu tahu cara yang betul dalam menjaga gusi serta gigi bayi yang baru sahaja nak tumbuh gigi.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Ain Md Nor, ada berkongsikan tentang cara untuk menjaga gusi/gigi bayi yang baru tumbuh ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Tanda-tanda gigi nak tumbuh

Rajin rajinlah angkat bibir baby tu. Kalau nampak bengkak tu maknanya gigi dah nak tumbuh. Kalau baby breastfeed, time ni la dia duk buat geram kat mak dia. 

Kadang kadang baby boleh demam. Sebab gusi tu nak pecah kan. Nak keluar gigi baru. Kadang ade baby meleleh-leleh air liur time ni.

Cara kurangkan sakit

Kalau baby tak selesa sangat mak ayah boleh bagi baby gigit kain yang celup dengan air sejuk. Bila gusi sejuk, kurang sakit tu.

Semua ni adalah normal. Anak mak dah naik satu fasa lain dalam hidup dia. Ada aksesori baru dalam mulut dia. Boleh jadi membantu dia makan dan bercakap nanti atau senjata untuk serang mak ayah kakak abang.

Cara penjagaan

Cara penjagaan dia senang ja. Setiap kali lepas menyusu dan makan, lap je gigi dia depan dan belakang bahagian lelangit tu. Guna kain bersih contohnya lampin atau sapu tangan. Boleh juga beli silicone finger brush.

Yang penting betulkan tabiat menyusu yang tak betul macam suka gonggong botol lama-lama. Tidur dengan botol susu dimulut. Bagi air manis lain dalam botol. Semua ni is a big NO okay.

Selamat menjaga gigi baby mak. All the best

Sumber: Ain Md Nor via Siakapkeli.my

Be the first to comment on "Gigi Baru Nak Tumbuh, Kadang-kadang Boleh Demam Anak. Mak Ayah Diingatkan Supaya Rajin Angkat Bibir Baby"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*