Paling epik! Sejarah Tercipta..Bahang Sorakan Padu Ultras Malaya kini Tular Di Media Antarabangsa

Tidak dapat dinafikan, selain daripada corak permainan pasukan skuad bola sepak negara yang boleh dibanggakan, pujian juga harus diberikan kepada para penyokong Malaysia iaitu Ultras Malaya.

Mana tidaknya, sorakan padu daripada Ultras Malaya telah menggamatkan suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dibanjiri hampir 85,000 penyokong.

Sorakan Ultras Malaya bukan sahaja menggemparkan suasana di stadium malam tadi, malah sorakan mereka juga kini telah tular di media antarabangsa.

Formasi sorakan Ultra Malaya telah mencuri perhatian peminat bola sepak dari luar negara yang terkesima dengan laungan penuh bersemangat mereka untuk pasukan Harimau Malaya

Kini video sorakan Ultra Malaya telah tersebar luas di media-media antarabangsa, rata-rata mereka kagum dengan semangat yang ada pada penyokong bola sepak Malaysia.

Semangat seperti ini yang kita mahukan dalam setiap sukan yang disertai Malaysia, hasilnya kita bukan sahaja memperolehi kemenangan malah berjaya menjadi inspirasi.

Sumber : BestChantsUK, Payam Ansari, Guardian Sport & Ultras Malaya

 

Be the first to comment on "Paling epik! Sejarah Tercipta..Bahang Sorakan Padu Ultras Malaya kini Tular Di Media Antarabangsa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*