Siapa yang tidak kenal dengan dramatis tinggi lampai, Eina Azman yang bergelar Datin Paduka selepas bernikah dengan seorang usahawan bergelar Datuk Paduka kira-kira lima tahun lepas.
Selepas bergelar isteri, Datin Paduka Eina Azman dilihat lebih banyak menghabiskan masa dirumah dan menguruskan keluarga. Sebagai pengubat rindu peminatnya, Eina kerap memuat naik video masakan di Instagram dengan berkongsi pelbagai resepi menarik.
Bertolak ke Tanah Suci
Sebentar tadi, Eina, 24 telah memuat naik satu posting memberitahu bahawa diberi rezeki untuk menunaikan umrah bersama keluarga tercinta. Eina telah bertolak ke Tanah Suci bersama suami, anak-anak, ibu serta bibiknya.
Sudah lama berhajat pergi sekeluarga
Menurut pelakon tersebut, dia sudah lama berdoa dan mengimpikan untuk hadir ke Tanah Suci bersama keluarga tercinta. Berkat kesabarannya, dia dan keluarga berpeluang untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini.
Sehubungan dengan itu, menerusi posting yang dibuat, rata-rata netizen telah meninggalkan komen diruang Instagramnya. Mereka mendoakan agar ibadah umrah yang dilakukan oleh Eina sekeluarga mendapat umrah yang mabrur.
Mereka juga berharap agar pelakon wanita itu beserta keluarganya selamat pergi dan pulang dari mengerjakan ibadah tersebut kelak.
Sumber Eina Azman
Be the first to comment on "Lama berhajat untuk pergi umrah, Eina Azman akhirnya berlepas ke sana, bukan sahaja keluarga yang dibawanya"