Warga Australia Nyanyikan ‘Getaran Jiwa’ Karya P.Ramlee Buat Ramai Teruja!

“Getaran jiwa…melanda hatiku..” antara bait-bait lagu berjudul Getaran Jiwa nyanyian asal oleh P.Ramlee. Lagu yang boleh dikatakan cukup terkenal dan tidak lapuk dek zaman.

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu rakaman yang memaparkan seorang lelaki dan wanita sedang bermain muzik sambil menyanyikan lagu Getaran Jiwa.

Apa yang membuatkan orang ramai teruja apabila pasangan ini kedua-duanya adalah warga asing atau orang kata ‘mat saleh’. Difahamkan video ini dirakam di Melbourne, Australia.

Video tersebut dikongsikan oleh radio Era dan telah meraih lebih 51,000 tontonan dan 662 shares.

Jom tonton video tular ini di bawah:

Rata-rata netizen turut berbangga kerana lagu dari seniman P.Ramlee turut menjadi pilihan warga asing untuk dinyanyikan.

Berikut antara luahan yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Wau sedap suara mat saleh nyanyikan lagu Getaran Jiwa oleh seniman kita”

 

“Lagenda seniman sepanjang zaman”

“Sebab tu aku minat lagu jazz, keroncong…feel dia mahal wei”

 

Kredit: Era (Malaysia)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

 

Be the first to comment on "Warga Australia Nyanyikan ‘Getaran Jiwa’ Karya P.Ramlee Buat Ramai Teruja!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*