Amalkan Air Rebusan Teh Hijau, Serai & Kurma Merah Ketika Dalam Rawatan K4ns3r

Peny4kit kronik sukar dirawati namun ia tidak mustahil untuk disembuhkan.Selain menjaga kesihatan dengan melakukan senaman, amalan minuman dan pemakananan yang betul mampu membantu merawati penyakit ini.

Menerusi perkongsian seorang ibu Puan Nor Hashimah Sulaiman yang juga Pengerusi Persatuan Sokongan K4ns3r Kanak Kanak PPUKM (CAKNE), beliau berkongsi resipi minuman kesihatan yang dilakukan untuk anaknya, yang kini merupakan bekas penghidap penyakit k4ns3r otak.

“Semasa saya menjaga anak dalam rawatan k4ns3r otak (pembedahan, radioterapi dan kemoterapi) saya selalu kebuntuan hendak memberi minuman apa yang sesuai untuk dia minum. Maklumlah kanak kanak memang begitu ditambah pula dengan rawatan yang berat ini.

“Alhamdulillah, kita memohon pada Allah… Diilhamkan pada saya yang sedang termenung di waktu petang 2007 minuman ini. Dia pula suka sangat dengan minuman ini. Air teh hijau, serai dan kurma merah.Alhamdulillah anak saya dah sembuh, namun dia masih suka dengan minuman ini.

Bahan-bahan:

2 batang serai yang diketuk

1 sachet Teh hijau

3 biji kurma merah

1 liter air

Cara Membuat:

Rebuskan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga mendidih.

Kemudian, selepas mendidih, ditambahkan dengan gula tebu dan jus lemon mengikut cita rasa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan tidak salah mencuba.

Sumber: Keluarga.my

Be the first to comment on "Amalkan Air Rebusan Teh Hijau, Serai & Kurma Merah Ketika Dalam Rawatan K4ns3r"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*