Susu Pekat Manis Homemade, Guna 3 Bahan Siap 3 Minit!

Susu pekat manis boleh dikatakan barang ‘w4j1b’ setiap kali membeli barangan keperluan dapur. Untuk membuat minuman yang bersvsv, kuih muih dan sebagainya. Harga satu tin svsv pekat manis ni, boleh tahan mahal jugak harganya.

Buat mak-mak yang selalu guna svsv pekat manis ni, sebenarnya boleh buat sendiri je svsv ini di rumah.Hanya guna 3 bahan dan boleh siap dalam masa hanya 3 minit. Cukup mudah dan lebih menjimatkan, tak perlu lagi beli di kedai.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zan Zafirah Zainal sebagai rujukan:

“Svsv pekat manis homemade 3 bahan dalam masa 3 minit sahaja, cara saya. Disebabkan ada lebihan susu tepung kat rumah ni dan tak tau nak guna untuk apa, saya olah jadi susu pekat manis”.

 

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan susu tepung

1/2 cawan gula (saya guna raw sugar dan saya kurangkan sedikit untuk kurangkan manis)

2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)

Cara Membuat:

1. Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!

2. Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender sekejap.

3. Susu pekat ni kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti baru akan jadi pekat) dan sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain.

 

Selamat Mencuba! Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Senang je rupanya nak buat susu pekat manis sendiri di rumah. Tak payah lagi nak beli kat kedai malah lebih jimat!

Be the first to comment on "Susu Pekat Manis Homemade, Guna 3 Bahan Siap 3 Minit!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*