Mustajabnya Doa Al-‘Afiyah, Ayatnya Pendek Tapi Power. Amalkan Untuk Elak P3ny4kit & Mvs1bah

Doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana ia berhubung terus kepada Allah SWT. Di samping itu di dalam bab berdoa terdapat keluasan yang mana kita tidak semestinya perlu berdoa dengan doa yang diajar oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan juga yang diajar oleh Nabi SAW di dalam hadith sahaja.

Walau bagaimana pun sebaik-baik doa atau lafaz doa adalah yang daripada Allah SWT dan Nabi SAW. Kita boleh berdoa dengan apa jua doa sekalipun selagi mana makna atau maksud doa tersebut adalah baik dan tidak bercanggah dengan agama.

Selain itu juga, kita juga perlu meraikan beberapa adab-adab, syarat-syarat dan garis panduan di dalam berdoa agar doa yang dipanjatkan itu merupakan satu doa yang berkualiti tinggi.

Terdapat satu doa yang disarankan oleh Nabi SAW sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ ، فِي دِينِي ، وَدُنْيَايَ ، وَأَهْلِي ، وَمَالِي ، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي ، وَآمِنْ رَوْعَاتِي ، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ ، وَمِنْ خَلْفِي ، وَعَنْ يَمِينِي ، وَعَنْ شِمَالِي ، وَمِنْ فَوْقِي ، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah a1bku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku; dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak d1s4mbar dari bawahku.”

(Riwayat Abu Daud, no. 5074)

Makna al-‘Afiyah (العافية)

Beberapa makna al-‘Afiyah:

وَقَدْ كَثُرَتِ الْأَحَادِيثُ فِي الْأَمْرِ بِسُؤَالِ الْعَافِيَةِ وَهِيَ مِنَ الْأَلْفَاظِ الْعَامَّةِ الْمُتَنَاوِلَةِ لِدَفْعِ جَمِيعِ الْمَكْرُوهَاتِ فِي الْبَدَنِ وَالْبَاطِنِ فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Kata Imam al-Nawawi (676 H): “Terlalu banyak hadis-hadis disarankan agar berdoa memohon ‘afiyah (kepada Allah SWT) dan ia (lafaz ‘afiyah) adalah satu lafaz-lafaz yang umum dan terkandung di dalamnya menolak segala perkara yang tidak baik pada b4d4n dan b4t1n pada agama sama ada di dunia dan juga di akh1rat.”

Kata Syeikh al-Munawi (1031 H), al-‘Afiyah adalah keselamatan (kesejahteraan) daripada p3ny4kit-p3ny4kit dan mvsib4h. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan  iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘Afiyah akan menolak p3ny4kit-p3ny4kit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di b4dan.

Menurut Syeikh al-Mubarakfuri (1353 H) makna al-‘Afiyah adalah benteng Allah kepada hambaNya. Maka orang yang memohonnya adalah seseorang yang sedang memohon pemeliharaan daripada Tuhannya di atas setiap yang diniatkan itu.

Al-‘Afiyah adalah keselamatan atau kesejahteraan pada agama daripada segala fitnah, pada b4dan daripada segala p3ny4kit-p3ny4kit sama ada p3ny4kit h4ti atau sebagainya dan kepada pada ahli keluarga dan harta daripada segala b4la dan mvs1bah.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Be the first to comment on "Mustajabnya Doa Al-‘Afiyah, Ayatnya Pendek Tapi Power. Amalkan Untuk Elak P3ny4kit & Mvs1bah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*