Nora Dedah Punca K3m4t1an Anak Selepas Selesai B3d4h Siasat

Nora Ariffin mendedahkan hasil keputusan bed ah si asat yang dijalankan pada pagi Ahad tidak menunjukkan sebarang tanda yang dikenalpasti menjadi punca k3m4t1an anaknya, Alif Johan.

Menurut Nora, dia berpuas hati dengan keputusan yang telah dikeluarkan pihak hospital meskipun tidak bersetuju untuk melakukan be dah siasat terhadap anak keduanya itu.

“Saya berpuas hati dengan keputusan bedah siasat kerana tiada tanda-tanda abnormal.

“Kalau ikutkan saya tak nak buat postmoterm itu. Tetapi disebabkan dia masih muda jadi kebarangkalian itu macam-macam, saya ta kut kalau dia ada makan apa-apa ubat, akhirnya saya ikut prosedur polis dan keputusan keluarga. Kalau ikutkan keputusan postmoterm itu tertulis pending investigation.

“Tiada ibu yang sangka anak umur 20 tahun akan meni ng gal. Saya tak pernah jangkakan,” ujarnya kepada mStar.

Alif rebah di rumahnya selepas menghantar Nora ke lapangan terbang untuk ke Singapura.

Pada Sabtu, anak keduanya Nora iaitu Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan, 20, meni ngg al du nia secara mengejut apabila tiba-tiba rebah ketika berada di kediamannya.

J3 na zah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Tunku kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya pada petang Ahad.

Dalam pada itu, kata Nora, doktor ada memaklumkan bahawa ja ntung ar wah sedikit besar namun tidak pasti jika kegagalan jantung adalah punca k3m4t1an anaknya itu.

Tambahnya, pihak hospital turut memberitahu arwah juga tidak terlibat dengan pengambilan ubat-ubatan atau bahan terlar ang.

“Mengikut keputusan doktor beritahu tiada apa-apa yang pelik atau diluar normal. Saluran darah dia okay cuma ja ntung dia ada kemungkinan be ngkak sebab ada besar sikit.

“Malah arwah juga bersih dari sebarang ubat-ubatan atau pengambilan bahan terlarang atau apa-apa bahan yang terlarang,” katanya.

 

Alif pernah jalani pembedahan untuk ku rus.

Tambah Nora, anaknya itu juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik ketika menghantarnya ke Lapangan Terbang Subang untuk ke Singapura.

Bagaimanapun, pembantu rumah memaklumkan anaknya itu tiba-tiba rebah sewaktu mahu baring.

“Tiada perubahan apa-apa, dia salam macam biasa kemudian bila saya sampai di Singapura, pembantu rumah call beritahu Alif tak sedarkan diri.

“Dia nak baring di sofa kemudian ja tuh dan bila cuba kejutkan dia sudah tiada,” katanya.

Untuk rekod, Alif sebelum ini pernah menjalani bariatric surgery atau pembedahan ‘mengikat perut’ merupakan salah satu pembedahan sistem pencernaan dalaman bagi membantu mereka yang menghidap ber at bad an yang melampau (obesiti) mencapai be rat ba dan ideal.

Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, pernah menyertai sebuah pertandingan realiti anjuran sebuah stesen televisyen.

Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mc 2017.

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Nora Dedah Punca K3m4t1an Anak Selepas Selesai B3d4h Siasat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*