“Tolong Doakan…” Amyra Rosli & Amar Baharin Bakal Timang Anak Perempuan.

Pasangan pelakon, Amyra Rosli, 28, dan Amar Bahrin, 34, bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada bulan Februari 2020.

Teruja menanti kehadiran insan baharu sebagai penyeri rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu, Amar akui terk3jut kerana menyangka akan menerima anak lelaki.

“Saya betul-betul terk3jut sebab ingatkan bakal timang anak lelaki tapi rupanya Amyra sengaja nak buat k3jutan.”

“Selama ini saya teman Amyra ke kedai buku dia selalu beli buku mengenai lelaki.”

“Malah kalau ke klinik untuk membuat pemeriksaan pun dia tak bagi saya teman untuk masuk ke dalam bilik untuk berjumpa doktor.”

“Jujur saya gembira dengan pengumuman ini kerana saya bakal menerima cahaya mata perempuan dan cukup la sepasang dalam keluarga kami,” katanya kepada Gempak.

Amyra dan Amar ditemui pada majlis pengumuman jantina yang diadakan di Bangsar Village 2 sebentar tadi.

Sementara itu, Amyra memohon doa agar segala proses berjalan dengan lancar dan selamat.

“Tolong doakan semoga urusan bersalin saya dipermudahkan,” katanya lagi.

“Anak pun masih dalam kandungan lagi dan dijangka lahir pada Februari tahun depan.”

Terdahulu, sempena ulang tahun Amar yang ke-34 Ogos lalu, Amyra membuat k3jutan terindah apabila dia mengumumkan berita kehamilannya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: Gempak

 

Be the first to comment on "“Tolong Doakan…” Amyra Rosli & Amar Baharin Bakal Timang Anak Perempuan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*