Sembilan Bulan Tidak Dapat Tawaran BerIakon, SheiIa Mambo Terpaksa Lakukan Kerja Ini Untuk Sara Hidup

Percaya atau tidak, peIakon yang sering membintangi drama-drama popular suatu masa dulu, SheiIa Mambo, mendedahkan dia sudah sembilan bulan tidak mendapat tawaran berIakon.

Menurut Sheila, keadaan ekonominya ketika ini ada kaitan dengan keadaan tawaran berIakon yang tidak lagi diterima seperti suatu ketika dulu di mana industri seni tanah air dilihat semakin mengabaikan peIakon-peIakon seusia dengannya.

Sheila menambah, namanya ada dicadangkan untuk menjayakan beberapa naskhah drama televisyen tetapi ditoIak akhirnya.

” Ada penerbit panggil, tapi entah kenapa nama saya tak lekat sebelum ni.

” Selain itu ada satu panggilan selepas sembilan bulan tunggu, cuma bayarannya secara harian dan saya kerja untuk dua tiga hari saja,” katanya yang menjadi peIakon residen sebuah syarikat produksi terkenal itu.

Sheila, 57, yang aktif berIakon sejak 1980-an berkata, ketika ini dia memberi tumpuan kepada tempahan membuat kek dan kuih-muih menerusi Instagram.

” Walaupun saya tiada tawaran berIakon, Allah menyalurkan rezeki ke bidang lain. Dengan kemahiran memasak yang saya ada sedikit sebanyak dapat membantu menampung pendapatan untuk kelangsungan hidup.

” Walaupun berniaga kecil-kecilan, saya bersyukur kerana ia dapat sambutan,” katanya.

Selesa bermuhasabah diri, Sheila berkata, pada usia sudah melewati 50-an dia memilih untuk berfikir positif.

” Sebagai manusia biasa dan hamba-Nya, ujian yang diberikan Allah itu saya anggap sebagai tanda kasih-Nya. Allah mahu saya belajar reda pada takdir dan elak daripada terus menyalahkan orang lain,” katanya.

Pada masa sama, Sheila berharap pemberian pencen yang disyorkan pihak bertanggungjawab kepada peIakon veteran menjadi kenyataan.

Sheila yang juga peIakon drama Asalkan Dia Bahagia, Andainya Takdir dan Andainya Takdir 2 di TV3 juga bersih daripada sebarang cerita sensasi serta kontroversi sepanjang lebih tiga dekad bergelar peIakon.

” Dulu perkembangan industri hiburan tidaklah sehebat seperti sekarang. Persaingan sesama peIakon pun tidak serancak kini apabila kemunculan peIakon baharu terlalu ramai,” katanya.

Sheila berkata, seiring perbezaan era yang menjurus pada teknologi, pengaruh media sosial makin menjadi perhatian.

Kisah Sheila Mambo sebelum ini turut mendapat perhatian peminat dan warganet di mana beliau meluahkan rasa syukur sekiranya ada rezeki untuknya mendiami rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Malah Sheila juha tidak kisah sekalipun akan dianggap sebagai artis miskin, “Jtuh ke mruah kaIau mskin? Saya tak fikir macam tu. Pada saya jadi orang mskin bukan perkara yang menjatuhkan mruah,”

Menurutnya lagi, dia tidak beranggapan mruahnya akan jatuh apabila menghuni rumah yang dikhususkan untuk golongan berpendapatan rendah berkenaan malah berpendapat, pemilikan rumah PPR bukan semestinya menjadikan seseorang itu hiina.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "Sembilan Bulan Tidak Dapat Tawaran BerIakon, SheiIa Mambo Terpaksa Lakukan Kerja Ini Untuk Sara Hidup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*