Pasangan Kembar Pergi Menghadap Ilahi Selang Dua Minggu-Al Fatihah

Dua minggu lalu, seorang remaja lelaki yang juga anggota Jabatan Amal PAS Bukit Gantang dilaporkan ma vt manakala kembarnya pa rah selepas terlibat dalam kema langan di Kilometer 1.1, Jalan Changkat Jering-Taiping.

Muhammad Najib Muhamad Fakri, 16, men!n ggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Taiping manakala kembarnya, Muhammad Nabil ce de ra pa rah.

Bagaimanapun, selepas dua minggu menerima rawatan di unit rawatan rapi, Muhammad Nabil pula disahkan men1n ggal dunia pada 2.05 pagi tadi.

 

Pemergian pasangan kembar itu disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat Jabatan Amal PAS Bukit Gantang kerana kedua-duanya memiliki sikap yang terpuji dan sering terlibat dalam aktiviti sukarelawan.

Malah, ketika kejadian, kedua arwah dikatakan dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalankan tugas sebagai sukarelawan Jabatan Amal PAS dalam satu program politik anjuran Markas Operasi PAS Bukit Gantang.

Be the first to comment on "Pasangan Kembar Pergi Menghadap Ilahi Selang Dua Minggu-Al Fatihah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*