Allahuakhbar, Sikap Bapa Yang Tak Pernah Kenal Putus Asa..Sanggup Pakai Baju Wajah Anak Hilang 200 Lebih Hari

SHAH ALAM – Bapa kepada Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, yang hilang sejak April lalu sanggup memakai baju yang mempunyai cetakan wajah anaknya sebagai salah satu usaha bagi mengesan kanak-kanak itu.

Menurut Mohd Fauzi Abdul Ghaffar, 45, baju itu merupakan pemberian daripada seorang individu yang amat prihatin dengan kehilangan Muhammad Zahiruddin sejak lapan bulan lalu.

“Baju itu dihadiahkan oleh seorang individu bernama Rohidayah Hamid sebagai salah satu usaha hebahan mengenai kehilangan anak saya.

“Pelbagai usaha telah dibuat sebelum ini bagi mengesan anak saya dan ini antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

April lalu, Muhammad Zahiruddin dikatakan hilang selepas dia keluar dari rumahnya untuk bermain di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra di sini.

Ibu mangsa, Sainih Sunding, 46, memaklumkan anak bongsu daripada lima beradik itu tidak ke sekolah pada hari kejadian dan keluar untuk bermain dengan rakan-rakannya.

Susulan itu, polis memaklumkan bahawa pihaknya sedang giat mengesan kanak-kanak terbabit selepas bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Bangi.

Mengulas lanjut, Mohd Fauzi berkata, dia dan ahli keluarga tidak pernah berputus-asa bagi mencari anaknya yang hilang itu malah pelbagai usaha telah diambil sebelum ini dengan melibatkan kerjasama banyak pihak.

“Terbaru, ada pihak bersedia membantu untuk mengedarkan risalah mengenai kehilangan anak saya di Thailand.

“Saya sekeluarga sentiasa berharap akan bertemu semula dengan Muhammad Zahiruddin, selagi tiada sebarang bukti, kami akan terus mencari,” katanya.

Sedih dengar luahan si ayah ini. Mari kita sama-sama bantu dengan berkongsi share post ini sebanyak mungkin. Siapa tahu dengan izin Allah, usaha kecil ini dapat menemukan mereka semula🥺

Be the first to comment on "Allahuakhbar, Sikap Bapa Yang Tak Pernah Kenal Putus Asa..Sanggup Pakai Baju Wajah Anak Hilang 200 Lebih Hari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*