Kucing Terperangkap Dalam Kereta Minta Bantuan Buat Ramai Kagum

Kucing sering menjadi pilihan ramai orang untuk dijadikan haiwan peliharaan. Bulunya yang gebu dengan perangai manjanya memang mampu buat ramai ‘jatuh hati’ dengan haiwan ini. Terbaru gelagat kucing terperangkap dalam kereta meminta bantuan raih perhatian ramai.

Kisah mengenai kucing yang terperangkap dalam kereta itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama @hanisschokman atau lebih mesra dengan nama panggilan Hanis.

Menerusi ruangan kapsyen yang ditulis gadis ini, kucing itu adalah miliknya yang diberikan nama Oyen. Keadaan Oyen yang terperangkap di dalam kereta jiran itu disedari oleh bapanya yang sedang mengunci pintu pagar.

Bapanya menyedari hazard light kereta jirannya itu menyala. Bila diperhatikan rupanya Oyen ada di dalam kereta tersebut.

Berikut adalah perkongsian dari Hanis di Twitternya:

 

&

 

Be the first to comment on "Kucing Terperangkap Dalam Kereta Minta Bantuan Buat Ramai Kagum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*