Setahun tak pergi sekolah, pelajar hidap k4nser dapat 6A dalam PT3

Dua minggu lalu, para pelajar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) menerima keputusan yang cemerlang setelah beberapa tahun berhempas pulas mengulangkaji mata pelajaran demi peperiksaan tersebut.

Tidak terkecuali, seorang remaja yang menghidap penyakit k4nser tulang Osteosarcoma sejak beberapa tahun lalu turut mendapat keputusan cemerlang 6A dalam peperiksaan tersebut.

“Tahniah untuk pejuang kental kami, Mohamad Soleh Haikal, 15 tahun yang telah berjaya meraih 6A dalam peperiksaan PT3 nya,” tulis Facebook Persatuan Sokongan Anak-Anak K4nser (Pesona).

Akibat penyakit yang ditanggung, remaja bernama Mohamad Soleh Haikal itu pernah tidak hadir ke sekolah hampir selama setahun kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

Walaupun begitu, Soleh masih kental dan bersemangat ketika menduduki peperiksaan tersebut sehingga dia berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Posting berkenaan telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah buat pelajar tersebut disamping mendoakan kesihatan buatnya.

 

Be the first to comment on "Setahun tak pergi sekolah, pelajar hidap k4nser dapat 6A dalam PT3"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*