Beruntunglah Isteri Jika Mempunyai Suami Yang Teman Bersalin, Satu Dalam Seribu!

Setiap pasangan pasti mahukan cahaya mata sebagai pelengkap hidup mereka. Tidak hanya itu, anak juga adalah anugerah yang terindah dihantar dari Allah untuk kita.

Namun, tahukan suami disaat-saat isteri anda ingin melahirkan zuriat anda ke dunia ini seperti apa? Betapa besarnya pengorbanan seorang isteri untuk melahirkannya.

Kepada suami yang akan menimang cahaya mata, anda patut menemani isteri anda kerana banyak kebaikkan yang akan diperoleh.

1. Meredakan debaran di hati isteri

Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesa kitan isteri

Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesa kitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami

Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri

Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesa kitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga

Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesa kitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesa kitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana su9ami boleh membantu, jika takut melihat d4r4h?

Suami yang takut melihat da rah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.

Suami boleh membantu dengan cara:

  1. Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya.
  2. Memberi kata-kate semangat untuk isteri.
  3. Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan.
  4. Mengelap muka isteri apabila berpeluh.
  5. Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri.

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

Sumber: pesonapengantin.my

Gambar: Najmi Nawawi

 

Be the first to comment on "Beruntunglah Isteri Jika Mempunyai Suami Yang Teman Bersalin, Satu Dalam Seribu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*