Ibubapa Jangan Ambil Ringan, Ini 7 Perkara Ibu Bapa Kena Tahu Tentang Influenza A Pada Kanak-kanak

“Demam selesema si Aqeef ni nak masuk seminggu dah. Risau pula sebab dengar-dengar sekarang ada macam-macam penya kit. Kat pejabat pun sibuk orang cerita pasal Influenza A. Apa bendalah agaknya tu?”

Dengan cuaca yang tak menentu sekarang, memang mudah untuk anak-anak kena serangan demam dan selesema. Tambahan pula sistem imun ba yi yang masih berkembang membuatkan mereka lebih mudah jatuh sakit.

Agak sukar untuk mengawal pe nyakit selsema dan demam kerana ia mudah berjangkit daripada seseorang hanya melalui bersin, batuk atau sentuhan. Ia juga mempunyai simptom yang sama dengan penya kit yang lebih berbahaya iaitu Influenza A.

Berikut merupakan beberapa panduan yang ibu bapa perlu tahu tentang virus Influenza A ini.

7 Perkara Ibu Bapa Patut Tahu Tentang Influenza A Pada Kanak-kanak

1. Apakah Influenza A?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Influenza A adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A (H1N1). Ia digelar dengan nama ‘Swine Flu’ atau ‘Bird Flu’ – kerana ia boleh menjangkiti haiwan tersebut.

Yang pastinya, ibu ayah perlu berhati-hati kerana virus ini merupakan sebahagian daripada influenza bermusim (seasonal influenza) dan amat mudah berjangkit. Ba yi yang belum mencapai usia setahun didapati berisiko tinggi untuk dijangkiti virus ini.

Foto Kredit: rcemlearning.co.uk

 

2. Beza Antara Demam Selesema Dengan Influenza A

Sememangnya agak sukar untuk mengenalpasti sama ada anak terkena demam selesema biasa atau dijangkiti virus Influenza A kerana kedua-duanya mempunyai simptom awal yang biasa. Walau apapun, kedua-dua penyakit ini dibawa oleh virus yang berbeza.

Merujuk kepada rajah di bawah, berikut adalah perbezaannya yang perlu anda kenalpasti.

Foto Kredit: infosihat.gov.my

 

3. Punca Influenza A

Ba yi boleh terdedah kepada virus Influenza H1N1 hanya melalui sentuhan daripada orang yang dijangkiti virus ini melalui batuk, bersin dan sentuhan objek daripada pesakit Influenza A.

Risikonya lebih tinggi sekiranya bayi sering berada di kawasan yang padat dengan orang.

tips bawa bayi bercuti

Foto Kredit: theodysseyonline.com

 

4. Golongan Berisiko Dijangkiti Influenza

Seperti demam selsema, risiko jangkitan influenza A juga ada pada semua bayi. Namun, bayi yang mempunyai penyakit seperti asthma dan diabetis lebih berisiko untuk menghadapi komplikasi apabila didiagnos dengan virus H1N1.

Selain bayi, golongan berisiko tinggi juga terdiri daripada kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penya kit-penya kit kronik seperti kencing manis (diabetes).

Tanpa rawatan awal, komplikasi yang dihadapi boleh melarat sehingga membawa maut. Oleh itu, adalah penting untuk ibu bapa mendapatkan rawatan segera sekiranya ba yi demam dan menunjukkan beberapa simptom di atas.

influenza a

Foto Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

 

5. Rawatan & Vaksin

Menurut pakar perubatan, pengambilan vaksin setahun sekali adalah ikhtiar yang terbaik dan jimat untuk mencegah diri daripada jangkitan virus Influenza A, terutamanya bagi golongan berisiko. Di Malaysia, ia boleh didapati dengan harga sekitar RM40 ke RM250, bergantung kepada jenis dan jenama.

Namun, ba yi yang berusia kurang daripada 6 bulan tidak sesuai untuk mendapatkan vaksin ini kerana didapati suntikan tersebut tidak menunjukkan tindak balas postif untuk melindunginya.  Oleh itu, adalah disarankan untuk ahli keluarga lain untuk mendapatkan vaksin ini dalam usaha mencegahnya daripada menjangkiti bayi. Kanak-kanak yang menghidap penyakit seperti lelah (asthma) atau jangkitan paru-paru juga boleh mengambil vaksin ini untuk perlindungan awal.

Jika telah dijangkiti, ubat antiviral seperti Oseltamivir (Tamiflu®) dan Zanamivir (Relenza®) adalah antara yang boleh digunakan untuk merawatnya. Ubat ini hanya akan diberikan kepada pesakit-pesakit yang telah dimasukkan ke hospital.

Foto Kredit: socialsciencespace.com

 

6. Apa Perlu Buat Jika Anak Menghidap Influenza A?

Perhatian kepada anak ketika sakit adalah amat penting supaya bayi cepat sembuh. Berikan ubat mengikut preskripsi dan saranan doktor. Tempoh jangkitan lazimya mengambil masa 7-21 hari untuk sembuh.

Jika ba yi masih menyusu badan, teruskan susuan badan sekerap mungkin supaya anak kekal hidrat. Bagi kanak-kanak, pastikan mereka minum air masak yang banyak. Suhu badan anak juga perlu diperhatikan dari semasa ke semasa. Seeloknya tukar cadar, langsir, tuala dan kain yang terdedah kepada virus.

Amalkan buah dan sayur sayuran secukupnya dan pastikan peredaran udara baik dalam bilik.

sawan demam

Foto Kredit: romper.com

 

7. Cara Pencegahan

Seluruh keluarga perlu belajar cara untuk mencegah daripada jangkitan wabak Influenza A.

Pertama, kesihatan diri perlu dijaga. Sentiasa bekalkan sapu tangan kecil atau tisu untuk menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin. Amalkan rutin mencuci tangan dengan sabun selepas memegang sesuatu. Boleh juga gunakan ‘hand sanitizer’ jika ketiadaan tempat untuk mencuci tangan.

Pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih dengan sarung bantal dan tilam yang sering ditukar, elakkan untuk berkongsi barang dengan ahli keluarga yang sedang sakit.

Foto Kredit: kpkesihatan.com

 

Awas, Jangan Pandang Ringan

Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk kita membina keluarga yang sentiasa mengamalkan kesihatan dan kebersihan sebagai sebahagian daripada rutin. Elakkan ba yi daripada didekati dengan orang yang sedang sakit dan kawasan yang padat dengan orang.

Dan jika anda dijangkiti, jangan hantar anak ke pusat asuhan dan berehatlah di rumah sahaja. Jangan bawa anak keluar ke mana-mana kerana anda boleh menyebabkan orang lain terjangkit sama. Malah, dikhuatiri juga jangkitan boleh menjadi semakin teruk.

 

Sumber:

https://www.babycenter.com.my/a1029190/influenza-ah1n1-dan-anak-anda

https://kpkesihatan.com/2015/05/15/soalan-lazim-faq-berkaitan-penyakit-influenza-a-h1n1/

http://www.utusanborneo.com.my/2017/04/26/dapatkan-pelalian-vaksin-influenza-setiap-tahun

http://www.sinarharian.com.my/wow/langkah-cegah-influenza-1.456964

 

Be the first to comment on "Ibubapa Jangan Ambil Ringan, Ini 7 Perkara Ibu Bapa Kena Tahu Tentang Influenza A Pada Kanak-kanak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*