“Bumi Kian Uzur” -Ramai Yang Gerun, Tahun 2020 Disapa Dengan Pelbagai Bencana

Ramai yang sangat teruja untuk memasuki ke alam tahun 2020. Keterujaan tersebut telah disambut dengan pelbagai sambutan, pertunjukan serta azam oleh setiap insan.

Namun dalam keterujaan tersebut, adakah ramai yang sedar, permulaan tahun baru ini disambut dengan pelbagai berita bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Lebih menyedihkan lagi, bencana tersebut telah menyebabkan pelbagai kemusnahan serta kehilangan nyawa sama ada manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan.

Seorang lelaki dikenali sebagai Daniel Helmi telah menyenaraikan bencana-bencana alam yang telah melanda di serata dunia untuk permulaan Januari, tahun 2020 ini.

Tidak boleh di sangkal lagi, perkara ini sememangnya sedang berlaku dan seharusnya digeruni. Bumi semakin uzur, dunia semakin tenat dan bakal tiba di penghujung usia.

Ramai yang dilihat bersejutu dengan pendapat lelaki berkenaan. Perkara yang berlaku ini sudah semestinya sangat menakutkan dan ‘ketakutan’ ini sudah semestinya diketahui sejak awal lagi oleh seluruh umat islam.

Malah, orang lagi pengguna Twitter Ikhwan, berkongsikan bencana alam yang berlaku dengan lebih terperincin melalui akaun peribadinya.

Perkongsian pemuda ini sudah tentunya ,menarik perhatian netizen sehingga meraih lebih 10,300 ulang kicau dan 7,300 tanda suka oleh pengguna Twiter. Malah, ramai juga yang turut mengutara pendapat mereka mengenai bencana yang berlaku pada permulaan tahun 2020 ini.

Namun, segala rahsia di bumi ini hanya diketahui oleh-Nya sahaja. Sebagai manusia biasa, kita diingatan agar sentiasa beribadah dan mengumpul alam selagi masanya belum tiba.

Sumber: Danial Helmi, Ikhwan. / OMM

 

Be the first to comment on "“Bumi Kian Uzur” -Ramai Yang Gerun, Tahun 2020 Disapa Dengan Pelbagai Bencana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*