Fakta Anak Sulung Perempuan Menjadi Idaman Setiap Lelaki

Ramai yang bertanyakan, apa kelebihan anak sulung perempuan? Sedangkan bagi mereka anak sulung perempuan, hidup lebih sukar kerana perlu lebih berdikari berbanding adik-beradik yang lain. Namun bagi orang sekeliling, terutamanya bagi orang-orang tua, anak perempuan sulung memiliki banyak kelebihannya. Ini kerana mereka dikatakan lebih pandai menjaga diri dan juga pandai berdikari.

Berikut antara sebab lain mengapa anak sulung menjadi pilihan lelaki untuk dijadikan isteri.

Seorang yang jujur
Hal ini kerana selalu berlaku jujur terhadap kedua ibubapa, jadi jujur adalah sifat neutral yang dimiliki. Ini kerana anak sulung perempuan lebih mudah mendengar kata ibu bpa dan lebih suka brcakap jujur dan terbuka.

Optimis dan berdikari
Anak perempuan sulung bukan sahaja jujur, malah lebih pandai berdikari. Suka melakukan apa saja dengan sendiri dan tidak mahu mengharapkan orang lain. Ini adalah salah satu sifat yang baik dalam diri anak perempuan sulung.

Melindungi adik-adik
Oleh kerana sudah diajar untuk bertanggungjawab, tanggungjawab terhadap adik-adik tidak pernah diabaikan. Jika sudah bersuami pula sudah pasti akan sentiasa taat dan mendengar kata suami.

Pandai memasak
Oleh kerana anak perempuan sulung, biasanya ibu lebih suka menggalakkan anak perempuannya menolongnya kerja-kerja dapur. Ini kerana, sememangnya tanggungjawab wanita adalah di dapur.

Pendengar yang baik
Kakak sulung sering menjadi orang paling utama yang akan dicari adik-adik, ini kerana mereka menganggap kakak sulung umpama rakan dan juga seorang penasihat yang berpengalaman. Malah lebih rapat dengan adik-adik

Calon ibu yang baik
Sudah terbiasa menjaga adik-adiknya, sudah pasti ianya menjadi pengalaman yang berharga . Jika sudah berkahwin dan mempunyai anak sendiri, sudah pasti tidak susah untu menjaga anak sendiri.

Semoga anda beroleh kebahagiaan walau sesiapa pun pasangan pilihan anda

Be the first to comment on "Fakta Anak Sulung Perempuan Menjadi Idaman Setiap Lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*