Amalan Pengubatan Al-Quran, Doa Penyembuh Mata Dan Penguat Pandangan

Mata adalah merupakan organ yang terpenting yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. dan merupakan salah satu nikmat yang diberikan oleh yang Maha Berkuasa kepada kita.

Oleh itu, kita sebagai manusia yang lemah hendaklah sentiasa memelihara dan menghargai segala nikmat yang diberikan oleh Allah.

Hari demi hari dan tahun silih berganti serta umur makin meningkat, penglihatan kita makin lama makin lemah.

Caranya:

1. Mula-mula rapatkan kedua-dua ibu jari belakang tangan kanan dan kiri kemudian membaca basmalah 1 kali:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

2. Baca selawat sebanyak 3 kali:

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

3. Baca doa ini sebanyak 3 kali:

لَاإِلَـٰهَ إِلَّا اللَّه نُوْرُ الْعَيْنِ، مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللَّه قُرَّةُ الْعَيْنِ.

Laa ila ha illallah nurul ain, Muhammadurrasulullah qurratul ain. 

4. Kemudian tiupkan pada belakang dua ibu jari tangan kanan dan kiri serta disapukan pada kedua-dua mata.

5. Seterusnya baca ayat 22, surah Qaf sebanyak 3 kali pada belakang dua ibu jari tangan kanan dan kiri:

فَكَشَفْنَا عَنْكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ

Fakasyafnaa ‘anka ghito aka fabasorukal yauma hadiid

Maksudnya: “..maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam”. (Surah Qaf, Ayat 22)

6. Kemudian tiupkan pada belakang kedua-dua ibu jari tangan kanan dan kiri lalu disapukan pada kedua-dua mata.

*Lakukan amalan ini selepas selesai solat fardhu setiap hari. Mudah-mudahan Allah swt menyembuhkan penyakit mata kita. Aamiin…

 

Sumber: Petua Ibu 

Be the first to comment on "Amalan Pengubatan Al-Quran, Doa Penyembuh Mata Dan Penguat Pandangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*