Mudah Je Rupanya Nak Buat Scrub Limau Purut Untuk Rambut & Kulit Kepala Sihat Lebih Cantik.In Sya Allah..Rugi Tak Cuba

Satu perkongsian yang menjadi perhatian netizen daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Ibrisam Wossali menerusi laman Facebook miliknya yang melakukan sendiri scrub limau purut untuk rambut yang dibuat di rumah yang boleh kita cuba untuk kesihatan dan penjagaan rambut yang bermasalah seperti rambut gugur, rosak dan sebagainya.

Scrub Limau Purut Untuk Rambut

Tips dan cara yang dikongsikan beliau adalah sangat senang dan menjimatkan kos. Anda hanya perlu mengambil daun limau purut yang ada di belakang rumah untuk menjadikan scrub limau purut untuk kegunaan rambut dan kulit kepala anda.

Menurut Ibrisam Wossali, beliau bersama keluarganya sering mencuba dan merekakan resepi berasaskan limau purut malahan telah lama mencuba petua scrub limau purut tersebut untuk kesihatan rambut dan tvbvh badan termasuk kulit muka.

“Saya ada tanam pokok limau purut dan selalu berbuah. Maka tak jadi masalah untuk mendapatkan buah limau purut untuk dijadikan skrub. Scrub limau purut ni boleh gantikan syampu kepala juga. Bukan saja sihat, malah rambut dan badan akan berbau haruman limau purut,” begitu katanya.

Cara Membuat Scrub Limau Purut :

1. Basuh bersih limau purut.

 

2. Potong nipis sedikit (supaya senang nak kisar)

 

3. Kisar limau purut dengan air yang sedikit (jika mahu scrub limau purut menjadi pekat). Kalau nak kasar, kisar sekejap saja.

 

4. Masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna ambil sedikit sahaja skrub tersebut. Senangkan?

 

Lumur macam biasa dan jadikan scrub limau purut seperti syampu. Lakukan urutan lebih sikit di kepala anda secara menyeluruh. Biar semua kawasan rambut kena skrub beraroma hebat ni dan tak perlu lagi membeli shampoo anti kelemumur kerana skrub ini mampu menghilangkan kelemumur dengan cepat dan berkesan.

Biarlah sekejap ia melekat di kepala agar bahan-bahan yang terdapat dalam buah limau purut tersebut meresap ke akar rambut. Kemudian barulah dibilas seperti biasa. Hasilnya rambut lebih sihat, segar dan baunya pun sangat wangi.

Kelebihan Daun Limau Purut

 

Jangan kata limau purut sahaja baik untuk mencantikkan rambut. Daunnya pun tak kurang hebat. Selain digunakan sebagai penyedap beberapa jenis menu popular seperti tomyam dan masak paprik, sebenarnya ada banyak kegunaan lain yang cukup menarik.

Cara Buat Pati Limau Purut Untuk Kulit

Kami kongsikan juga tutorial cara membuat scrub limau purut homemade atau pati buah limau istimewa ini penggunaan seperti rambut, kulit tangan dan kaki dan juga muka. Walau bagaimanapun, bahan-bahan untuk setiap sesuatu penggunaan akan berbeza.

Selain dibuat scrub limau purut untuk rambut dan kulit kepada, ia juga sangat mujarab dijadikan penawar penyakit, ubat kvruskan badan dan banyak lagi. Antara kelebihan daun limau purut adalah:

1. Hilang Bau Busuk

Hiris halus daun limau purut dan letakkan disetiap ruang rumah terutama bahagian dapur. Selain buat udara lebih segar, bau busuk pun hilang.

2. Pewangi Semulajadi

Hiris halus daun limau purut bersama daun pandan. Nak lebih segar tambahkan sedikit kelopak mawar dan renjiskan air mawar. Nak gunakan minyak wangi biasa pun dialu-alukan. Letakkanlah di dalam bilik tidur atau dalam kereta. Wangi sentiasa.

3. Putihkan Gigi

Nak putihkan gigi pun boleh. Kisar sedikit garam dan daun limau purut ke dalam lesung batu , tumbuk halus dan jadikan pes. Pes campuran kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi dan menghilangkan bau mulut.

4. Wangikan Badan

Anda juga boleh menghiris daun limau purut dan dicampur sedikit perahan limau purut sebagai bahan mandi wap untuk membuang toksin dan mewangikan tvbuh anda.

5. Tambah Selera Makan

Daun limau purut turut berfungsi sebagai penambah selera makan. Jika demam atau kurang selera makan, tambahkan sedikit daun limau purut untuk membangkitkan selera dan menambah semangat diri anda.

Mulai hari ini, anda boleh cuba untuk buat scrub limau purut untuk rambut dan kulit kepada sendiri kat rumah. Sebaiknya amalkan petua ini dengan kerap dan hasilnya kesihatan rambut anda akan lebih baik dan juga kulit kepala juga akan lebih sihat tiada lagi masalah kelemumur. Semoga bermanfaat.

 

Be the first to comment on "Mudah Je Rupanya Nak Buat Scrub Limau Purut Untuk Rambut & Kulit Kepala Sihat Lebih Cantik.In Sya Allah..Rugi Tak Cuba"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*