B4haya Jika Makan Kentang Yang Berwarna Hijau Kulitnya Dan Juga Bertunas..Jangan Sesekali Makan, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu

Kentang adalah makanan ruji bagi negara Barat. Di Malaysia, kentang biasa digunakan di dalam masakan.

Terdapat satu fakta yang mengejutkan. Kentang berwarna hijau adalah beracun!

Warna hijau itu adalah tanda kehadiran klorofil pada ubi kentang. Kehadiran klorofil menunjukkan adanya kandungan solanin pada ubi tersebut.

Solanin adalah racun saraf yang dihasilkan oleh bahagian hijau kentang seperti batang, daun dan mana-mana bahagian di pokok kentang.

Solanin berfungsi sebagai satu mekanisme pertahanan oleh pokok kentang bagi melawan penyakit, serangga dan pemangsa. Daun dan batang kentang secara semulajadi kaya dengan racun glialkaloid. Bermakna mana-mana bahagian hijau kentang perlu dielakkan.

Solanin terbentuk di ubi kentang apabila ubi yang dituai tidak dicabut dengan betul dari pokoknya. Solanin mengganggu kebolehan badan untuk menggunakan bahan-bahan kimia yang membantu pergerakan saraf.

Jika termakan dengan banyak, pesakit akan muntah, cirit-birit, pening kepala dan lagi teruk lumpuh.

Walaupun begitu, usah risau jika anda termakan ubi kentang hijau. Kandungan solanin pada satu atau biji kentang yang kita termakan tidak memudaratkan. Orang dewasa memerlukan 2-5 kg kentang berwarna hijau untuk mengalami simtom yang dinyatakan di atas.

Oleh itu jangan terlalu risau jika ternampak ubi kentang berwarna hijau, tetapi buang mana-mana bahagian berwarna hijau sebelum memasaknya. Berhati-hati agar tidak diberikan kepada kanak-kanak kerana saiz badan mereka yang kecil memudahkan mereka terkena racun solanin.

 BAHAYA TOKSIK PADA KENTANG BERTUNAS 

Menurut laman web poison.org, sebenarnya keseluruhan tumbuhan kentang mengandungi 2 jenis glykoalkaloid, iaitu solanine dan chacoline iaitu sejenis toksin yang boleh memudaratkan.

Kulit kentang yang berwarna hijau dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi.

Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.

Jadi, memakan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan anda berisiko kepada toksik solanine dan chaconine.

SIMPTOM KERACVNAN /  KESAN MEMAKAN KENTANG BERTUNAS & BERACVN

Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan simptom kerac unan makanan seperti

  • cirit-birit
  • muntah
  • sakit pada bahagian abdomen

Sesetengah orang mungkin boleh mengalami sakit kepala, demam dan kekeliruan.

Tanda-tanda ini biasanya dapat dirasai dalam tempoh beberapa jam selepas memakannya.

KALAU ADA TUNAS SIKIT JE, TAKKAN TAK BOLEH MAKAN JUGAK?

Proses memasak kentang seperti membakar, merebus, dan menggoreng tidak menghapuskan toksin ini.

Walaubagaimanapun, mengupas kulit kentang sebelum proses memasak dapat mengurangkan kandungan toksin ini dalam kentang.

Kalau ada sedikit saja tunas pada kentang, bolehlah dibuang bahagian tunas itu dan dimasak seperti biasa.

Sumber: Kebun Bandar

 

 

Be the first to comment on "B4haya Jika Makan Kentang Yang Berwarna Hijau Kulitnya Dan Juga Bertunas..Jangan Sesekali Makan, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*