KDYMM Agong perkenan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim

Pagi tadi, rakyat dikejutkan dengan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menghantar surat perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 1 petang tadi.

Sebentar tadi, satu lagi kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh  Ketua Setiausaha Negara iaitu Datuk Seri Mohd Zuki Ali, yang menyatakan baginda berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pendirian baharu Perdana Menteri selaras dengan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Selaku Perdana Menteri sementara, Tun M akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan ahli Kabinet baharu dibentuk, jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: Sinar Harian.

 

 

Be the first to comment on "KDYMM Agong perkenan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*