Kasihan Tun M Kena Lalui Hari Yang Sangat Padat, Wajah Tun M Kelihatan Keletihan Dan Lesu

Sejak pagi semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad telah giat dikejar pihak media yang mahukan kepastian ekorang desas-desus peralihan kuasa yang akan berlaku dalam politik Malaysia.

Situasi tersebut kian meruncing apabila diawal pagi lagi ahli tertinggi dalam Pakatan Harapan telah menemui beliau di kediaman rasmi bagi berbincang mengenai kemelut yang sedang berlaku.

 

Namun begitu, pada tengahari semalam, Tun M telah mengejutkan ramai pihak apabila menghantar surat peletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kepada KDYMM Baginda Agong.

 

Pada petang semalam juga, Tun M telah ke Istana Negara bagi menghadap KDYMM Baginda Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Beliau yang memakai pakaian berwarna hitam terlihat duduk didalam kenderaan seorang diri di bahagian belakang.

Walau bagaimanapun, menerusi gambar yang diperoleh daripada Malaysia Gazette, jelas sekali wajah Tun Dr Mahathir kelihatan letih mungkin kerana mengharungi hari yang padat.

Beliau yang sudah berusia 93 tahun terpaksa melakukan beberapa pertemuan dalam sehari sehingga waktu malam.

 

Menerusi Twitter, rata-rata warganet telah menyedari keadaan itu dan menzahirkan rasa simpati atas kegigihan beliau dalam pentadbiran politik.

 

Mereka juga berharap agar Tun M cuba berehat sebentar dari menguruskan segala kemelut yang sedang berlaku ini.

Sumber : MalaysiaGazatte, Twitter

 

Be the first to comment on "Kasihan Tun M Kena Lalui Hari Yang Sangat Padat, Wajah Tun M Kelihatan Keletihan Dan Lesu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*