“Kalau Tengah Berlakon Memang Akan Fokus Dengan Kerja ..” – Nabila Huda Dah Sebulan Tinggal Di Set Penggambaran

Aktres Nabila Huda memberitahu sudah hampir sebulan dia tinggal di set penggambaran filem Rahsia.

Jelas Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, dia memilih untuk tinggal di tempat itu tanpa keluar ke mana-mana.

“Saya dah tinggal dekat sini hampir sebulan. Memang tak ada keluar sebab tempat ni pendalaman.

“Lagipun saya kalau tengah berlakon memang akan fokus dengan kerja dan tidak akan ke mana-mana,” katanya kepada HLive.

Dalam pada itu, pelakon utama filem Munaf1k ini menyatakan suami, Mohd Izwan Johar dan anak perempuan, Keisha Laila sangat memahami dengan kerjaya seninya.

“Suami saya tengah seronok dekat rumah sebab dia malas nak layan. Takvt kalau saya balik rumah tetiba keluar watak Ramlah.

“Dia taknak tengok muka ‘moody’ saya jadi lebih baik saya duduk di set penggambaran sampai selesai.

“Kalau rindu, nanti mereka akan datang ke lokasi. Anak saya dah faham dan biasa dengan kerja ibu dia. 

“Mereka faham dengan sikap saya yang akan memberi fokus sepenuhnya terhadap kerja. Saya hanya akan menghubungi mereka pada waktu lapang saja.

“Lagipun sebagai sebuah keluarga, walaupun berjauhan kita tahu yang kasih sayang tu tetap ada,” katanya lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa s4ksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Kalau Tengah Berlakon Memang Akan Fokus Dengan Kerja ..” – Nabila Huda Dah Sebulan Tinggal Di Set Penggambaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*