Lelaki Pencinta Kucing Adalah Calon Suami Yang Baik?

Mencari pasangan hidup bukanlah sesuatu yang mudah pada zaman sekarang. Mana tidaknya, banyak kes pencerai4n berlaku adalah disebabkan pas4ngan yang cur4ng.

Lebih par4h, banyak k3s-3es yang dilaporkan melibatkan pend3raan dalam rumah tangga, membuatkan kaum wanita kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Sedikit tips buat kaum wanita, lelaki pencinta adalah calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai pasangan!

Ini sebabnya:

1. Lebih penyayang

 

Korang mesti ada seorang kawan yang obses dengan kucing kan? IG Story dan Status Whatsapp mereka sentiasa dipenuhi dengan gambar dan video kucing.

Ini membuktikan pencinta kucing kebiasaannya adalah sorang yang penyayang dan boleh menjaga sesuatu dengan penuh kasih sayang.

2. Penyabar dan tidak mudah m4rah

Kucing kebiasaannya ada ragam yang tersendiri seperti suka mengg1git dan menc4kar tuannya. Sesiapa yang pernah menjaga kucing pasti pernah merasai pengalaman ini.

Sikap penyabar dan tidak mudah mar4h ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pencinta kucing sangat matang dalam sesebuah perhubungan.

3. Menjaga kucing adalah seperti menjaga bayi

Salah satu faktor penting kaum wanita perlu menjadikan pencinta kucing sebagai suami adalah mereka sudah terlatih dalam menjaga bayi.

Kucing boleh diibaratkan seperti bayi yang perlu dimandikan, diberi makan dan dibersihkan selepas membuang air. Cuba bayangkan korang dapat suami yang pandai jaga baby?

4. Bertanggungjawab

Pencinta kucing selalunya adalah seorang yang bertanggungjawab. Mereka kebiasaanya akan menjaga kesihatan kucing dengan memberi ubat cacing dan vaksin sekurang-kurangnya setahun sekali.

Bagi mereka, nyawa kucing itu sama nilainya dengan nyawa manusia. Siapa je yang taknak pasangan yang bertanggungjawab kan?

5. Bijak dalam menguruskan perbelanjaan

Bijak dalam menguruskan perbelanjaan merupakan skill penting yang korang perlu ada selepas berkahwin untuk terus survive. Pencinta kucing kebiasaannya akan membahagikan duit mereka terlebih dahulu untuk perbelanjaan kucing seperti pasir dan makanan.

Walaubagaimanapun, kesahihan fakta-fakta yang dinyatakan di atas tidak dapat dibuktikan dari segi saintifik. Namun jika dilihat daripada sudut psikologi, betul kan?

Buat korang yang masih single, tiba masanya untuk anda cari pencinta kucing sebagai pasangan hidup!

Sumber:Lobak Merah

 

 

 

 

 

Be the first to comment on "Lelaki Pencinta Kucing Adalah Calon Suami Yang Baik?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*