Biodata Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

Ketika dunia sedang mengalami pandem1k Cov1d-19, Malaysia adalah salah satu negara yang cuba berusaha untuk memutuskan rantaian wab4k ini dari terus mereb4k. Saban hari wajah tenang seorang lelaki yang berjawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan dinantikan orang ramai untuk mendapatkan update terkini mengenai Cov1d-19 ini.

Biarpun beliau bukanlah selebriti, penyanyi, pelakon mahu pun ahli politik, namun semakin hari popularitinya semakin meningkat naik. Tutur katanya cukup lembut dan sopan membuatkan ramai yang tenang mendengarkan beliau berkata-kata.

Lelaki itu adalah Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, insan yang cekal dan bagaikan ‘panglima’ di medan per4ng ini dengan mengetuai semua petugas kesihatan di Malaysia.

Biarpun wajahnya nampak tenang namun pastinya tugas yang dipikul ini bukannya mudah. Malah setiap tutur katanya di televisyen tetap disusun teliti dan memudahkan orang ramai untuk faham apa yang disampaikannya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah beliau sebenarnya. Jom ikuti biodata Dr Noor Hisham Abdullah di bawah ini.

Biodata Dr Noor Hisham Abdullah

Berikut adalah serba sedikit mengenai insan hebat ini:

NAMA PENUH: Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

TARIKH LAHIR: 21 April 1963

UMUR: 57 tahun

ASAL: Sepang,Selangor

TWITTER: DGHisham

FACEBOOK: DGHisham

Zaman Kanak-Kanak

Menurut sumber, Dr Noor Hisham dibesarkan di sebuah flat kecil di Kuala Lumpur iaitu Flat Loke Yew oleh seorang ibu tunggal. Ibunya bekerja keras sebagai seorang tukang cuci untuk membesarkannya dan seorang lagi kakak.

Kelulusan

Medical Doctor M.D (UKM) – 1988

Master of Surgery M.S (UKM) – 1994

Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery – 1997

Academy of Medicine Malaysia (A.M.) – 1998

Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M) – 2004

Advanced Management Program, Oxford Business School, UK – 2008

Sumber: Sinar Harian / moh.gov.my

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: HCL/PISANG DAILY

Be the first to comment on "Biodata Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*