Tak sanggup lihat orang susah, Dayana Roza ambil risiko hulur bantuan – “Hati saya senipis sehelai tisu”

MESKIPUN berdepan dengan ris1ko yang sangat tinggi untuk j4ngkiti wab4k Cov1d-19, pelakon Dayana Roza sanggup bergadai ny4wa demi membantu golongan kurang bernasib baik.

Menurut Dayana, 29, dia tidak mengharapkan sebarang balasan namun hanya meminta doa agar dirinya sentiasa sihat untuk meneruskan kerja amalnya itu.

“Pada mulanya, memang ada ahli keluarga saya melarang untuk keluar beri bantuan sebab mereka ris4u saya mengid4p asma yang teruk dan mempunyai ris1ko yang tinggi untuk dij4ngkiti C0vid-19.

“Tapi saya selalu kata pada keluarga yang saya rela berkorban ny4wa sebab tak sanggup nak melihat orang dalam kesusahan, tak makan terutama orang yang ada anak kecil lagi.

“Saya tak ada teman lelaki, tak ada suami atau anak, jadi saya tak kisah jika sudah ditakdirkan terkena C0vid-19. Asalkan saya dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Apa yang saya lakukan ini ikhlas dan apa yang saya harapkan hanya doa daripada semua orang supaya saya sentiasa sihat untuk teruskan beri bantuan,” katanya kepada mStar.

Pemilik nama Nur Dayana Kamsun Baharin ini antara selebriti yang sanggup ‘turun padang’ memberi bantuan seperti barangan keperluan dengan menggunakan wang simpananya kepada orang yang memerlukan.

Apa yang saya lakukan ini ikhlas dan apa yang saya harapkan hanya doa daripada semua orang.

apa yang saya lakukan ini ikhlas dan apa yang saya harapkan hanya doa daripada semua orang 

DAYANA ROZA

PELAKON

Dalam pada itu, Dayana memberitahu dia sebelum ini enggan menghebahkan program atau kerja amal yang dilakukannya kepada umum kerana bimbang masyarakat akan menganggap dirinya riyak.

Bagaimanapun, dia terpaksa menggunakan platform laman sosialnya untuk mendapatkan info lebih banyak mengenai golongan asnaf daripada pengikutnya.

“Sebenarnya dari dulu lagi saya suka buat kerja amal dan peminat serta rakan terdekat saya juga tahu perangai saya. Cuma, selama ini saya tak suka hebahkan kepada umum atau berkongsi di Instagram.

Dayana turut menghulurkan bantuan kepada Angkatan Pertahanan Awam.

“Bimbang dengan tanggapan orang, nanti ada yang kata saya r1yak pula tapi kali ini saya terpaksa juga menggunakan platfrom media sosial untuk berkongsi mengenai bantuan yang saya lakukan.

“Dengan adanya perkongsian itu, saya juga banyak dapat info daripada pengikut saya mengenai golongan asnaf yang perlukan bantuan. Selain itu, ramai orang turut sudi membantu.

“Terutama rakan-rakan saya yang turut serta memberi bantuan. Jadi, laman sosial ini memberi peluang untuk orang lain bantu orang yang duduk di kawasan mereka juga,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber :Mstar

Be the first to comment on "Tak sanggup lihat orang susah, Dayana Roza ambil risiko hulur bantuan – “Hati saya senipis sehelai tisu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*