12 Penjara Bertungkus Lumus Hasilkan PPE Untuk ‘Frontliners’, Tiada Cuti

Kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) antara kekangan yang perlu dihadapi petugas barisan hadapan sejak penularan wab4k Cov1d-19. Oleh itu, ada diantara petugas yang sanggup bekerja lebih masa demi menghasilkan sendiri alat perlindungan tersebut.

Demi meringankan beban tersebut, para banduan dari Penj4ra Kajang, Selangor dan beberapa penj4ra yang lain turut ditugaskan mengendalikan tempahan peralatan perlindungan buat negara.

Penghasilan PPE sentiasa berjalan

Seb4k hari ini dapat bersama memberi semangat pada warden dan banduan Penj4ra Kajang. Ribuan baju PPE dihasilkan oleh banduan diajar oleh Pegawai penj4ra. Penghasilan PPE sentiasa berjalan. Pegawai dan kakitangan penj4ra sentiasa bekerja disini. Allahuakbar. Tiada cuti. Saya hantar sedikit sumbangan dan insyaAllah akan hantar 3 mesin basuh saiz besar 24kg untuk memudahkan urusan ini. Semoga Allah terima semuanya. Semoga Allah sampaikan pahala ini buat mak ayah yang kita semua cintai.

Menerusi Facebook Ustaz Ebit Lew, dia telah berkunjung ke Penj4ra Kajang bagi memberikan semangat kepada pihak berkuasa dan para banduan yang terlibat dalam penghasilan pakaian keselamatan tersebut. Tambahnya, dia sangat seb4k apabila mengetahui para b4nduan di situ tidak pernah cuti dan bekerja sepanjang masa untuk menghasilkan PPE.

Melahirkan manusia takwa

Pengarah Penj4ra Kajang. TKP Abdul Halim baik sangat. Terharu. Di Facebook selalu share tentang dakwah saya. Katanya menangis tengok pakcik di jambatan ustaz bawa balik. Terharu ustaz. Tuan Hj Abdul Halim seb4k menangis. Allahuakbar. Banyak lagi kerjasama saya sedia bersama membantu penghuni penjara untuk lebih dekat pada Allah dan menjadi manusia yang baik.

Semoga Allah rahmati Penj4ra Kajang dan semua penj4ra menjadi macam universiti, madrasah,dan tempat melahirkan manusia takwa. Syukur dapat bersama usaha dikala cov1d 19 mel4nda. Saudaraku disebalik ujian ada rahmat.

Di samping itu, Ustaz Ebit turut memberi sedikit sumbangan kepada pihak penj4ra tersebut. Beliau turut meluahkan perasaan gembira kerana dapat meluangkan masa berborak dengan Pengarah Penj4ra Kajang semasa berkunjung ke sana. Sebelum melangkah keluar dari penj4ra tersebut, Ustaz Ebit turut berharap darjat para bandvan ini diangkat kerana mereka bekerja ker4s sepanjang tempoh musibah yang sedang mel4nda seluruh dunia.

12 penjara bantu menjahit

Menurut laporan Bernama, sebanyak 12 penj4ra di seluruh negara terlibat dalam menghasilkan peralatan perlindungan diri (PPE). Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said semua bengkel jahit penj4ra yang terlibat juga akan memberi keutamaan kepada pembuatan PPE memandangkan keperluann tersebut diperlukan segera.

Tindakan ini sebagai inisiatif Jabatan Penj4ra untuk membantu meringankan beban kerajaan dalam isu menangani COV1D-19, selain mengurangk4n ris1ko yang dihadapi petugas barisan depan khususnya kakitangan kesihatan. Kita berterima kasih kepada usaha yang ditunjukkan penghuni penj4ra yang bertungkus-lumus setiap hari memastikan bekalan PPE mencukupi dan proses ini juga dilakukan secara sukarela oleh penj4ra terlibat.

Tambahnya, usaha yang dilakukan oleh pihak penj4ra itu mendapat sokongan daripada kerajaan negeri masing-masing. Pihak kerajaan negeri turut menyumbang bahan selain berperanan mengagihk4n PPE yang sudah siap ke hospital yang memerlukan. Di samping itu, beliau turut berharap para b4nduan akan menggunakan kemahiran menjahit yang dipelajari dalam penj4ra supaya mereka mampu mencari sumber pendapatan dan memulakan kehidupan baru kelak.

 

Sumber: Ustaz Ebit Lew & Bernama/OHBULAN

Be the first to comment on "12 Penjara Bertungkus Lumus Hasilkan PPE Untuk ‘Frontliners’, Tiada Cuti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*