Teruja bertukar sengs4ra! Gadis tergolek di pasar raya ketika sepupu r3kod IG Story… rupa-rupanya ada bagusnya jatuh masa PKP!

“NASIB baik pakai mask, orang tak nampak muka.”

Itu reaks1 seorang gadis yang terjatuh ketika bermain dengan troli selepas selesai membeli barang keperluan pada Ahad lalu.

Video insiden yang disifatk4n kelakar oleh netizen menjadi tular hanya selepas beberapa jam dimuatnaik di laman Twitter.

Gadis yang terjatuh dalam video tersebut, Nelysa, berkata itu merupakan kali pertama dia keluar rumah untuk membeli barang keperluan rumah dan tidak sangka keterujaannya itu berakhir dengan kesengs4raan.

“Selalu mak saya yang akan keluar beli barang tapi hari Ahad tu saya yang nak galas tanggungjawab tersebut sebab dah lama tak keluar rumah.

“Pada mulanya saya pergi ke pasar raya Giant tapi terlalu ramai orang jadi saya pergi ke Publika,” ujar gadis berusia 22 tahun itu.

Tambahnya lagi, dia terkejut apabila sepupunya, Anaty, 25, turut berada di pasar raya tersebut untuk membeli barang keperluan.

 Video yang dimuatnaik oleh Nelysa mendapat perhatian netizen yang majoritinya terhibur dengan insiden tersebut.

“Waktu tu saya dah nak habis shopping, tapi dia baru sampai. Saya sempat jumpa dia sekejap.

“Sebelum nak balik tu, dia rakam video saya main dengan troli untuk muat naik di Insta Story.

“Masa nak pusing tu, kaki saya tersangkut dengan tayar troli. Terus jatuh tergolek!” ujar Nelysa sambil berseloroh ketika menceritakan kembali detik lucu tersebut.

 

Selalu mak saya yang akan keluar beli barang tapi hari Ahad tu saya yang nak galas tanggungjawab tersebut sebab dah lama tak keluar rumah.

NELYSA

GADIS V1RAL

Nelysa bernasib baik kerana sewaktu dia terjatuh itu, keadaan di pasar raya agak lengang.

“Malu juga waktu tu, nasib baik saya pakai face mask dan orang tak ramai.

“Ada seorang pakcik depan saya tu berulang kali tanya saya okay tak, tapi saya tak berhenti gelak pada waktu sebab nak cover malu,” jelasnya yang merupakan anak sulung daripada dua beradik.

 Nelysa memberitahu bahawa dia mengal4mi lebam di kaki selepas ins1den tersebut.

Bercerita lebih lanjut tentang kejadian tersebut, Nelysa memberitahu bahawa dia mengalami sedikit kecederaan di kaki selepas kejadian tersebut.

“Susah sikit nak jalan sebab kaki bengk4k dan leb4m. Tak pergi klinik pun, hanya sapu balm je.

“Mujur barang yang saya beli tu hanya makanan basah dan bukannya barang mudah pec4h, kalau tak mesti kena mar4h dengan mak saya pula.

“Sebelum tu saya dah terdetik nak beli telur burung puyuh sebab dah lama tak makan tapi tak jadi nak beli… rupa-rupanya saya nak jatuh troli lepas tu,” ujar Nelysa yang bekerja sebagai Seller Engagement di sebuah syarikat dalam talian.

Dalam pada itu, Nelysa memberitahu terdapat segil1ntir netizen yang s4lah sangka bahawa dia keluar berdua bersama sepupunya ke pasar raya, namun Nelysa men4fikan tuduhan tersebut.

“Sepupu saya tinggal di sekitar rumah saya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

“Tak rancang pun nak jumpa dia, secara kebetulan kami terserempak. Saya ada buat Insta Story ketika sedang memandu kereta berseorangan sebelum tu.

 Nelysa merupakan anak sulung daripada dua beradik.

“Saya tak sal4hkan netizen sebab mereka tak tahu cerita. Mereka ingat yang rakam video tu kakak saya,” ujar Nelysa lagi.

Video berdurasi tiga saat tersebut tular dalam tempoh kurang sehari selepas dimuatnaik dengan menerima sebanyak 450,000 tontonan dan 29,000 ulang kicau daripada netizen yang rata-rata terhibur dengan insiden tersebut.

“Kalau dalam bola sepak, tackle macam ni boleh dikira sebagai kesalahan. Dalam kes ni, dua-dua jatuh dikira fair play la,” tulis seorang lelaki.

“Peh, kaki kena lenyek dengan tayar troli, pedih wooo…” ujar seorang pengguna Twitter.

“Haha mesti bergeg4r otak dia masa j4tuh tu,” tambah netizen lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Teruja bertukar sengs4ra! Gadis tergolek di pasar raya ketika sepupu r3kod IG Story… rupa-rupanya ada bagusnya jatuh masa PKP!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*