D1tuduh Guna Duit Derma Beli Kereta Mewah, Ini sumber pendapatan sebenar Ebit Lew

Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW, sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya ‘Ustaz Ebit Lew‘ disegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Beliau pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot Islam Agamaku. Sungguh, siapa sangka beliau yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal Islam melalui salah seorang gurunya. Dan bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci Islam.

Namun hari ini nama ustaz Ebit Lew mula terpalit dengan pelbagai pandangan negatif oleh sesetengah pihak, yang sepertinya tidak senang duduk melihat kerja amal yang dilakukan.

Tayang kereta mewah?

Sehinggakan, ada pulak beberapa pihak yang cuba melemparkan tuduhan dengan menggunakan isu kereta mewah yang digunakan ustaz Ebit dalam misi bantuannya.

Senang2 nak tuduh dia guna duit derma

Tidak senang dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap ustaz Ebit Lew, seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Yusran Yusof telah mendedahkan pendapatan yang dimiliki oleh pendakwah tersebut adalah atas usahanya sendiri.

Ade golongan2 b0doh yg ckp ustaz ebit lew gunakan duit derma org ramai utk beli kereta mewah, jangan lah kita jadi bodoh. Chanel youtube ustaz Ebit Lew view dia lagi byk dari youtuber soloz (gamer terkenal Malaysia) kot, kalau soloz mampu pakai mustang dh tentu ustaz ebit lew mampu juga pkai alphard. Lagi pn ustaz ada perniagaan lain lagi, buku2 hasil tulisan beliau pn byk dipasaran. Otak jgn sempit sgt.

jom kita tengok secara kasar pendapatan ustaz ebit lew

tengoklah restoran dia dh ada 3 cawangan,

ceramah tiap bulan full seluruh negara.

page fb 1.8juta followers

youtube dh ada 400k subscriber dengan 3k-56k us dolar (rm12K – RM224K) pendapatan melalui youtube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (rm168k- rm2 juta lebih )

banyak lagi sumber kewangan beliau.. untuk aset dan keluarga beliau.

Pendapatan dari Youtube pun ribu2

Menafikan dakwaan konon ustaz Ebit Lew meraih kekayaan dengan wang derma, Yusran Yusof yang telah menyiasat serba sedikit mengenai sumber pendapatan pendakwah, yang datangnya daripada saluran Youtube dan perniagaan yang dijalankan.

“Page fb 1.8juta followers, Youtube dh ada 400k subscriber dengan 3k-56k us dolar (rm12K – RM224K) pendapatan melalui Youtube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (rm168k- rm2 juta lebih)

Banyak lagi sumber kewangan dia

Untuk pengetahuan ramai, ustaz Ebit Lew mempunyai tiga buah cawangan restoran, ditambah pula dengan pendapatan daripada penjualan buku dan jemputan ceramah.

Karier: Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas

Pencapaian :

Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.

Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.

Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.

Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.

Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.

Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan.

Antara tips murah rezeki yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew dalam hidup seharian;

“Dua kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita.

Sayang dan jaga isteri dengan baik, jaga solat.

Sebelum mulakan kerja, solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah duhulu..”

“Tidak pernah kecewa sebuah keluarga yang membawa sunnah Nabi SAW. Tiada yang boleh memberi bahagia selain dari Allah SWT”

Maka tidak hairanlah jika ustaz Ebit mampu untuk berkereta merah. Justeru sebelum menuduh ada baiknya kita siasata dahulu dan jangan menghentam orang sesuka hati.

Semoga Allah sentiasa merahmati Ebit Lew dan melharikan lagi insan dermawan seperti beliau

Hari ini sekali lagi Ebit Lew mengeluarkan permohonan maaf dan ucapan penghargaan kepada badan kerajaan dan lembaga zakat. Berikut luahan hati beliau

Minta Maaf Semua

Terima kaseh Lembaga Zakat Negeri Kedah yang selama ini membantu keluarga ini dengan memberi bantuan. Terima kaseh JKM..Terima kasih jiran lama keluarga Pak Aq yang baik banyak membantu mereka. Mereka selalu membantu menghantar makanan dan lain-lain. Terima kaseh Pihak Masjid Kariah yang ambil berat hal mereka. Terima kaseh kerajaan negeri Kedah yang membantu mereka selama ini.

Mereka urus seluruh negeri

Saya minta maaf pada semua yer. Mereka semua dah bantu banyak sangat. Setitik sahaja usaha saya berbanding mereka semua. Saya urus cuma beberapa orang dah menangis penat. Mereka semua urus seluruh negeri dan setiap pelusuk negeri sepanjang hayat. Saya cuma sikit sangat. Saya pohon janganlah salahkan jiran, jkm atau pusat zakat atau mana-mana orang.

Saya salah saya minta maaf. Dari hujung rambut sampai hujung kaki pada JKM,LZNK, Kejiranan lama Pak Aq dan semua yer. Saya pohon ampun yer. Benar-benar minta ampun pada semua. Saya cuma ingin kasih sayang buat mereka. Saya cuma tak boleh tahan mereka duduk situ. Sedih sangat menangis jer. Saya sayang semua. Saya sayang anak-anak dan pakcik makcik tu mereka baik sangat dari mula sampai saya nak balik tadi. Sorrylah yer. Saya salah saya minta maaf. Saya tak buat apa pun. Terima kaseh semua yer. Semua orang baik. Saya salah saya minta maaf.

Pindah Selepas 15 Tahun

Syukur tadi setelah lebih 15 tahun keluarga ini buat kali pertama dapat pindah dari pondok usang dan menyedihkan. Saya dapat beri hadiah kasih sayang saya buat keluarga ini. Dapat beri mereka rumah baru selesa takyah bayar. Saya insyaAllah bayar selagi hayat. Belikan peti ais, mesin basuh, rice cooker, cerek, dapur gas, kipas, tilam, baju raya, bantal, semualah peralatan rumah. Hanya setitik usaha saya ini dibandingkan usaha mereka sepanjang tahun dan seluruh negeri kedah.15 tahun kasihan keluarga ini. Selepas ini saya serahkan pada pihak berwajib.

Terima kaseh dengan bantuan kejiranan baru yang baik tadi. Mereka beramai bawa mesin rumput. Bawa katil. Kami bincang aturkan anak sekolah. Aturkan rawatan kesihatan pak ak dan isteri yang perlu rawatan mingguan. Ada guru mengaji. Kelas di surau selepas PKP. Terima kaseh penduduk taman dan jiran baru yang sangat positif dan membantu. Terima kaseh yer. Tanpa tuan puan saya tak mampu buat apa-apa pun. Tadi dapat bantu anak-anak ini sama-sama gotong royong. Best didik macam keluarga sendiri.

Balik KL, rindu anak

Doakan dah selesai semua di utara. Nak terus balik kl. Rindu isteri dan anak-anak. Rindu bidadari. Rindu safiyyah lew. Rindu rayyan lew. Rindu Qadeejah Lew, Rindu Rindu Uqashah Lew. Nak jadi suami dan ayah menikmati hidup rasa syukur. Rindu ayah dekat kampung sangat. Ya Allah rindu padaMu ya Allah- ebitlew

Sumber : Kami Sayang Tun Mahathir & Yusran Yusof, http://penakita.pw/

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : TRENDDING SNGAT/Oh MyMedia

Be the first to comment on "D1tuduh Guna Duit Derma Beli Kereta Mewah, Ini sumber pendapatan sebenar Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*