Penvntut selamat tiba ke pangkuan keluarga

SEORANG ibu t1dak dapat melelapkan mata sepanjang menvnggu ketibaan tiga anaknya yang menuntut di Universiti Malaya (UM) ke Alor Setar selepas kerajaan membenarkan penuntut pulang ke kampung mulai malam tadi.

Azizah Ahmad, 40-an yang juga seorang guru berkata, tidak dapat digambarkan perasaannya apabila mengetahui ketiga-tiga anaknya, Mohd Hanif Mokhti, 23, Mohd Mukri, 22, dan Nor Dalila, 20, selamat tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, pada 6 pagi.

Menurutnya, selesai bersahur dia berg3gas untuk menjemput anak-anaknya, sekali gus melegakan hatinya yang selama ini agak gusar keadaan mereka.

“Sebelum ini, saya susah hati apabila dimaklumkan hanya dua dari tiga anak dibenarkan pulang kerana seorang lagi t1dak sempat mendaftar nama di universiti berkenaan.

“Namun saya tidak putus berdoa, dan syukur anak sulung memaklumkan mereka bertiga akan pulang menaiki bas sama,” katanya ketika ditemui hari ini.ANGGOTA polis mengambil borang maklumat diri penuntut dari Zon Tengah yang tiba di IPD Kota Setar. FOTO Amran Hamid.

ANGGOTA polis mengambil borang maklumat diri penuntut dari Zon Tengah yang tiba di IPD Kota Setar. FOTO Amran Hamid.

Ibu tunggal empat anak itu berkata, dia sering berhubung dengan ketiga-tiganya kerana tinggal di kolej kediaman berlainan untuk bertanya khabar dan kesihatan mereka.

Anaknya, Mohd Hanif berkata, sepanjang di universiti dia sentiasa berhubung dengan dua adiknya melalui WhatsApp kerana t1dak dibenarkan bertemu d1sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sepanjang di kolej, saya menghabiskan waktu bermain catur bersama rakan-rakan selain melayan video dan Instagram.

“Selain itu, kami tidak melepaskan peluang menyaksikan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui media untuk mengetahui perkembangan terkini berka1tan Cov1d-19,” katanya.

Sementara, penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor, Noraishah Abidin, 22, berkata, sepanjang 40 hari berada di kampus, hubungan dia dan rakan-rakannya dari negeri lain bertambah erat.

Katanya, lebih menggembirakan apabila pihak pengurusan kolej di universiti berkenaan banyak memberi sokongan moral, selain makan minum yang cukup.

“Apabila dimaklumkan dapat balik ke kampung, perasaan bimbang tetap ada kerana risiko jangkitan Cov1d-19 kepada ahli keluarga.

“Tapi sebelum menaiki bas, kami disanitasi terlebih dahulu oleh pasukan bomba selain menjalani pemeriksaan suhu malah ketika berada dalam bas juga kami duduk dalam jarak satu meter,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, seramai 130 penuntut dari tujuh Universiti Awam dari Lembah Klang tiba dengan menaiki sembilan bas pada 5 pagi.

Beliau berkata, sebahagian penuntut dijemput ahli keluarga manakala sebahagian lagi dihantar anggota polis ke rumah masing-masing.

“Kesemua bas berkenaan disan1tasi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah sebaik proses menghantar semua penuntut selesai,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:MYMETRO

Be the first to comment on "Penvntut selamat tiba ke pangkuan keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*