Tul4r Video Anggota Polis Komp4un Penunggang Motosikal Tak Pakai Mask. Ini Penjelasan Dari Pihak Berkuasa..

KUALA LUMPUR: D4kwaan melalui rakaman video tular kononnya polis mengenakan komp4un terhadap penunggang motosikal yang tidak memakai pelitup muka bermula kelmarin, adalah tidak benar.

Sebaliknya, video itu dirakam ketika Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor menjalankan operasi untuk mengesan penunggang motosikal yang tidak melalui laluan disediakan di Lebuh Raya Persekutuan, dekat sini, 12 Jun tahun lalu.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata 227 s4man dikeluarkan atas kes4lahan berkenaan dalam operasi itu.

“Ia menunjukkan masih ramai penunggang motosikal g4gal mematuhi peraturan, selain mendatangkan r1siko bahaya kepada petugas JSPT dalam menguatkuasakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau berkata, orang ramai digesa menghentikan penyeb4ran video dan berita tidak tepat melalui muat naik atau perkongsian dalam media sosial.

- Gambar hiasan

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu didapati sengaja mensens4sikan isu berkenaan yang jelas untuk menc3tuskan kegus4ran masyarakat,” katanya.

Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi 42 saat tular dalam media sosial mendakwa beberapa penunggang motosikal ditahan polis kononnya atas kesal4han tidak memakai pelitup muka.

Rakaman video itu turut memaparkan beberapa penunggang motosikal berpatah balik selepas melihat operasi berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : BH/ Media Viral

Be the first to comment on "Tul4r Video Anggota Polis Komp4un Penunggang Motosikal Tak Pakai Mask. Ini Penjelasan Dari Pihak Berkuasa.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*