Seorang individu pos1tif selepas balik dari kundasang. Jabatan Kesihatan Kena Cari Sampai Empat Negeri Ini

gambar sekadar hiasan

Jabatan Kesihatan negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan seorang individu yang didapati posit1f C0vi1d 19 merupakan individu yang baru pulang bercuti di Kundasang, Sabah.

Pengarahnya, Dr Zaini Hussin berkata, kes tersebut dikesan semasa saringan terhadap individu dari kawasan berisikoo (Sabah) yang dilakukan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.

Individu Lelaki Umur 49 Tahun

Menurutnya, kes ini membabitkan seorang lelaki, warganegara Malaysia berusia 49 tahun yang mempunyai sejarah bercuti ke Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah pada 19 hingga 22 Sept lalu.

“K3s tidak mempunyai gejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 23 September (semalam),” katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini.

Sehubungan itu tambahnya, seramai 48 kontak rapat telah dikenal pasti termasuk kontak dalam kalangan keluarga, kawan, tempat kerja dan dalam pesawat.

Gambar Hiasan

“Kontak-kontak ini adalah dari negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Aktiviti kawalan dan siasatan lanjut punca jangk1itan sedang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu,” jelasnya.

Zaini juga memaklumkan sehingga 24 Sept, sebanyak 161 kes disahkan C0vi1d 19 dikesan di negeri ini termasuk tiga kemaatian.

“Situasi semasa C0vid 19 di Kelantan masih terkawal dan masyarakat diminta supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkaitan C0vid 19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya sambil mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sumber : MalaysiaKini/ Media Viral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Seorang individu pos1tif selepas balik dari kundasang. Jabatan Kesihatan Kena Cari Sampai Empat Negeri Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*