“Saya baru menghubungi Syamsul…” – Mawi

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Mawi mengakui tidak pernah mencampuri urusan rumah tangga rakan baiknya yang juga pengarah serta pelakon Syamsul Yusof yang dikatakan bermasalah.

Mawi berkata, walaupun berkawan baik, mereka tidak pernah bercakap langsung berkenaan hal rumah tangga masing-masing.

“Saya pun hanya dapat tahu menerusi media dan tak pasti kesahihan cerita ini. Saya baru menghubungi Syamsul menerusi WhatApps kelmarin dan dia jawab seperti biasa. Kami hanya bersembang hal kerja dan filem serta sedang cari tarikh untuk jumpa.

“Cerita peribadi memang tiada. Saya pun tak pernah cerita hal rumah tangga saya dan begitu juga dia,” katanya yang ditemui pada majlis Perjanjian Memorandum Persefahaman Serta Pelancaran Program Nurkids & Turath Nurflix.TV di sebuah hotel di sini, semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kereta pertama saya gaisss..Saya sayang giler kereta ni gaisss…Hadiah dari orang ramai yang menyokong saya kat Akademi Fantasia 3 gaisss… 15 tahun dah gaisss… Dulu dapat warna maroon gaisss..Skrg saya cat warna kuning gaisss..ok tak gaisss??? . #SuzukiSwift #2005 #AkademiFantasia3

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on

Sebelum ini, isteri Syamsul, Puteri Sarah Liyana yang juga pelakon dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak bersama seorang wanita yang dikatakan ibu mentuanya, Jumaat lalu.

Mawi berkata, selama berkawan dan bekerja dengan Syamsul, dia tidak pernah mendengar cerita tidak baik mengenai pengarah popular itu.

“Saya harapkan cerita ini tak betul. Walaupun ceritanya terpampang dalam akhbar dan Internet, saya tak pernah bertanyakan hal ini kepada Syamsul. Saya hanya bertanya khabar dan bertanya tarikh untuk berjumpanya.

“Sebelum ini pun semasa buat muzik video, dia jemput saya untuk terbabit. Namun, saya pun sibuk dengan penggambaran drama Ali terbitan dan arahan saya untuk slot Sabili Nurflix. TV dan tak dapat turut serta. Apapun kita mendoakan kita doakan yang terbaik buat mereka,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HM/Shakira Shakir

Be the first to comment on "“Saya baru menghubungi Syamsul…” – Mawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*