Caprice Mengaku Bers4lah Terlalu Emosi! Mohon Maaf Kepada TMJ, Ebit Lew & Rakyat Malaysia

Susulan daripada isu pendedahan dan tindakan penyanyi rap, Caprice menegur perilaku pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew ketika berada di Gaza baru-baru ini, pelantun BAL itu tampil memohon maaf secara terbuka.

Mengaku Terlalu Beremosi 

Menerusi laman Instagram nya sebentar tadi,Caprice atau nama sebenarnya Ariz bin Ramli akui akan kekhilafannya kerana terlalu beremosi apabila bercakap mengenai perjuangan ummah. Selain memohon maaf kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ebit dan rakyat Malaysia, Caprice berkata segala  yang berlaku adalah kerana k3silapan dirinya sendiri serta tidak melibatkan mana-mana pihak lain.

“Salam Tuanku @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein ebitlew , Caprice mohon minta maaf atas k3silapan Caprice dimana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi Palestine, dan demi Rakyat Malaysia. Apa yang berlaku adelah k3silapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain” tulisnya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Bakal Pulang Ke Malaysia Bila Semuanya Selesai

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih buat mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaannya di Gaza yang sentiasa menjaga kebajikan dan k3selamatan sepanjang berada di sana. .

“Caprice nak ucapkan terima kasih kepada DS @hishammuddinhussein , Embassy Malaysia mesir, dan Kerajaan Egypt for the hospitality, support, and 24hour protection and security selama Caprice berada di Mesir”

“Last but not least, caprice minta maaf kepada ibu dan ayah caprice for making you worry about my safety. I love you and my intention since the day i chose to go on my own at 16 was only to make you proud”

“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia” jelas Caprice

Menerusi status nya itu juga, Caprice berkata dia akan pulang ke Malaysia sebaik sahaja selesai menunaikan janjinya kepada penduduk Palestin.

“InsyaAllah i will return after i complete and fufill a few promises i made to the people of Palestine” kongsinya lagi

Terdahulu, nama Caprice teruk dikec4m berikutan mended4hkan tegurannya kepada Ebit Lew kerana mendakwa menerima teguran daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat melalui media sosial. Sekada info, Caprice berangkat ke Palestin untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza pada 24 Jun lalu. Namun, difahamkan sehingga kini penyanyi itu masih belum berk3sempatan untuk memasuki Gaza.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment on "Caprice Mengaku Bers4lah Terlalu Emosi! Mohon Maaf Kepada TMJ, Ebit Lew & Rakyat Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*