Belum sempat Caprice nak ded4h, sekali pengacara TV ni kongsi sesuatu yg membuka mata byk pihak

Kuala Lumpur: Personaliti TV, Farra Adeeba berkongsi penjelasan mengenai isu Ustaz Ebit Lew (UEL) yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

Dalam hantarannya di Instagram, Farra juga berkongsi surat rasmi ucapan t4kziah daripada Kementerian Luar Gaza kepada Ebit.

“Ini dia penjelasan dari sumber rasmi Gaza Palestin berkenaan isu Ustaz Ebit Lew. Harap terlerai segala kerisauan.

“Saya percaya kita semua hanya nak lihat Palestin bebas dari penjajahan. Kita buat kerja sama-sama. Kita berdoa, jangan sebab isu kecil, kerja besar kita terjejas,” tulisnya.

Farra juga mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya, dikenali sebagai Dr Wesam yang menetap di Gaza atas perkongsian dan penjelasan itu.

“Terima kasih Dr Wesam, sahabat saya, pensyarah di Universiti of Gaza, di atas maklumat dan penjelasan.

“Saya kongsikan di sini surat rasmi dari Kementerian Luar Gaza yang diberikan kepada Ustaz Ebit Lew.

Menutup hantarannya, Farra juga mengajak pengikutnya di platform media sosial itu supaya mencari jalan perdamaian sekiranya berlaku perselisihan faham.

Surat rasmi ucapan takziah daripada Kementerian Luar Gaza kepada Ebit yang dikongsi Farra Adeeba di Instagram.

“Tenang sikit hati ini bila dapat maklumat rasmi. Dan kalau ada persel1sihan, kita damaikan.

“Jangan kita tambah api, atau ‘seronok’ pegang popcorn tengok saudara kita berbalah macam menonton filem. Ia sangat menjengkelkan,” tulisnya.

Turut dikongsikan Farra adalah tangkap layar mesej yang dihantar sahabatnya mengenai sambutan baik rakyat Palestin di atas kehadiran Ebit dan pasukannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Farrah Adeeba: TV personality (@farrahadeeba)

“Saya baca tadi mengenai isu Ustaz Ebit Lew yang sedang hangat di Malaysia. Di Gaza, tak ada apa-apa cerita orang m4rah atau apa.

“Rakyat Palestin berterima kasih dan hargai semua orang yang bersoladariti dengan orang Palestin. Terima kasih Ustaz Ebit Lew, terima kasih Malaysia.

“Semoga semua rakyat Malaysia selamat, semoga Allah pelihara rakyat Malaysia dari w4b4k cov1d-19,” tulisnya dalam tangkap layar mesej itu.

Sejak beberapa hari lalu, kec0h di media sosial mengenai perbalahan antara penyanyi rap, Caprice yang ingin mendedahkan sesuatu mengenai kehadiran Ebit bersama pasukannya di Gaza, Palestin baru-baru ini.

Caprice bagaimanapun menunggu tarikh 21 Julai ini untuk membuat penjelasan lanjut mengenai perkara itu.

Hanya fikir kepentingan peribadi, kejar publisiti – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menem.pelak tindakan segelintir individu yang hanya mementingkan diri sendiri selain mengejar publisiti semata-mata.

Tunku Ismail berkata demikian menerusi tulisan yang dimuat naik diruang komen Instagram miliknya, hrhcrownprinceofjohor semalam.

“Fikir negara dilanda krisis. Tetapi ada beberapa individu hanya memikirkan kepentingan peribadi dan kejar publisiti.

“Jaguh handal dalam social media (media sosial), on the ground no balls (di lapangan tiada apa-apa).

“Too many berpura-pura/fake (terlalu banyak berpura-pura), some people need backhand (ada orang nak kena tangan belakang),”tulis TMJ dalam komennya.

Tulisan itu dikatakan mempunyai kaitan kaitan dengan kontroversi yang tercetus selepas penyanyi rap dan usahawan, Caprice mempersoalkan tingkah laku Ustaz Ebit Lew ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.

Terdahulu, Tunku Ismail memuat naik sekeping gambar dengan memuat naik jam pasir sehingga mencetuskan tanda tanya pengikutnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HRH Crown Prince of Johor (@hrhcrownprinceofjohor)

Ustaz Ebit Lew kemudiannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tunku Ismail di atas keperihatinan bertanyakan khabar di atas peme.rgian ayahnya akibat k4nser perut pada Selasa lalu.

Tunku Ismail memberi respon dengan memberikan kata-kata semangat buat Ustaz Ebit supaya terus berdakwah dan membantu rakyat

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Belum sempat Caprice nak ded4h, sekali pengacara TV ni kongsi sesuatu yg membuka mata byk pihak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*