PU Riz Duta Pertubuhan Kasih Neelofa Membuat Agihan Bantuan Kepada 166 Orang Kurang Upaya (OKU)

Melalui Program Infaq Jumaat, Pertubuhan Kasih Neelofa kali ini telah mengadakan agihan bantuan makanan asas kepada 166 Orang Kurang Upaya (OKU) di PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur.

Penerima merupakan OKU yang berdaftar dan merupakan ahli Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jatidiri (PERJATI) yang k3semuanya merupakan penduduk PPR Desa Rejang.

Bantuan makanan asas tersebut merupakan sumbangan daripada Hospital KPJ dan Pertubuhan Kasih Neelofa yang merupakan simbolik kebersamaan pihak Hospital KPJ kepada rakyat Malaysia yang terk3san dengan pandemik.

Haris bin Ismail selaku duta Pertubuhan Kasih Neelofa, ketika menyampaikan sumbangan kepada wakil PERJATI turut menzahirkan reaksi mengenai projek yang dijalankan.

 

“OKU di PPR Desa Rejang ini sangat luar biasa. Mereka tidak menumpukan kepada status OKU mereka tetapi berusaha untuk mencari jalan untuk menyara keluarga dengan mempelajari pelbagai kemahiran.

“Namun begitu mereka tetap terk3san dengan pandemik ini,” katanya.

Dalam program agihan ini juga, wakil dari Pertubuhan k3selamatan Sosial (PERk3sO) telah dijemput untuk hadir bagi memberi penerangan dan berkongsi maklumat berkenaan fungsi PERk3sO dalam membantu golongan OKU yang hil4ng dan memerlukan pekerjaan bagi mengetahui laluan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Sementara itu, pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Noor Neelofa turut sama merakamkan penghargaan kepada pihak korporat yang sudi bekerjasama dengan dalam membantu golongan yang memerlukan dari pelbagai aspek seperti keperluan asas dan menyediakan peluang pekerjaan.

“Saya berharap kerjasama bersama Hospital KPJ dan PERk3sO ini dapat memberi manfaat dalam tempoh jangka panjang yang lebih besar kepada orang ramai,” katanya.

Pertubuhan Kasih Neelofa juga menjalankan agihan daging Qurban sumbangan Yayasan Pelajaran Mara di PPR Lembah Subang 2 serta lokasi lain di sekitar Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MH

Be the first to comment on "PU Riz Duta Pertubuhan Kasih Neelofa Membuat Agihan Bantuan Kepada 166 Orang Kurang Upaya (OKU)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*