Baru Dua H4ri Parlimen Buk4, Sek4li Ku Li Minta Pind4h Kerusi

PARLIMEN | Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mengemukakan permohonan agar tempat duduknya di4lihkan ke blok buk4n penyokong ker4jaan.

Alasan diberi ahli politik veteran itu, dia tidak mahu dilihat menjadi penyokong kepada kepada “ker4jaan yang g4g4l”.

Justeru Tengku Razaleigh yang mewakili kerusi Gua Musang sejak 1974 berkata, untuk tujuan itu dia megemuakakan surat permohonan kepada parlimen agar tempat duduk dipind4hkan.

Surat itu dialamatkan kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

“Dengan hormatnya suka saya memaklumkan bahawa saya tidak ingin terus berada di kerusi yang telah disediakan untuk saya dalam Dewan Rakyat bersama-sama dengan anggota Dewan Rakyat lain dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong ker4jaan yang ada.

“Dengan makluman ini saya memohon mendapat persetujuan dan kerjasama Tuan Yang Dipertua memindahkan tempat duduk saya ke suatu kerusi dalam Dewan Rakyat berhampiran dengan kumpulan (block) bebas yang tidak menyokong ker4jaan sekarang ini.

“Dari awal lagi saya tid4k pernah menyokong atau bersama dengan dengan ker4jaan yang ditubuh yang mengguna nama kerajaan Perikatan Nasional,” katanya dalam surat tersebut.

Pada 23 Mac lalu dalam wawancara bersama portal berita Malaysiapost, Tengku Razaleigh – ataupun lebih dikenali sebagai Ku Li – menjelaskan dia tidak menandatangani akuan bersump4h (SD) menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Katanya langkah tersebut dibuat kerana dia menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Tengku Razaleigh berkata tind4kan yang diambilnya sekarang bersesuaian dengan semangat perjuangan Umno dan BN.

Pun begitu, katanya, dia tidak pasti sama ada ahli parlimen Umno yang lain akan mengambil langkah sama seperti dilakukannya.

“Walau apa pun yang dilakukan oleh mereka ini, saya dengan suka hati mohon berpind4h ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian dengan semangat perjuangan BN/Umno terutama sekali pengundi saya, ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia supaya sedikit pun tidak boleh dianggap sebagai penyokong ker4jaan g4g4l ini,” katanya.

Kedudukan MP Umno dlm sidang khas Dewan Rakyat hari ini t4rik perhatian ramai

Walaupun Umno telah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, para menteri dan ahli parlimennya tetap duduk di blok kerajaan di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun memberitahu petugas media bahawa dia tidak dimaklumkan mengenai sebarang perubahan tempat duduk di parlimen.

Carta tempat duduk di laman web parlimen yang dikemas kini semalam menunjukkan timbalan perdana menteri yang baru, Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Hishammuddin Hussein duduk bersama Muhyiddin dan menteri kabinet lain seperti Azmin Ali dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ismail kini dilihat mengambil alih tempat yang sebelum ini diduduki Azmin Ali.

Menerusi carta tempat duduk itu, ahli parlimen Umno berada di sebelah ahli parlimen PAS, Bersatu dan parti-parti lain dari MCA, MIC serta dari Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Umno Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) juga dilihat duduk di blok PN walaupun sebelum ini menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Semalam Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu telah memutuskan bahawa semua menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dari Umno perlu melepaskan jawatan mereka sekiranya Ordinan D4rur4t terus berkuatkuasa selepas 1 Ogos.

Dia berkata demikian ketika menyampaikan desakan Umno bahawa pengisytiharan dan Ordinan D4rur4t mesti dimansuhkan semasa sidang khas parlimen hari ini.

Memetik Perlembagaan Persekutuan, Zahid berkata menurut Perkara 150 (7), peraturan d4rur4t akan terus berkuatkuasa selama enam bulan lagi setelah berakhirnya proklamasi d4rur4t kecuali dimansuhkan oleh parlimen.

Mesyuarat khas Dewan Rakyat selama lima hari yang bermula hari ini akan menyaksikan menteri kabinet memberikan taklimat kepada ahli-ahli parlimen mengenai tindakan menangani Cov1d-19.

Persidangan khas parlimen ini diadakan setelah Yang di-Pertuan Agong bertitah agar parlimen bersidang segera, namun dijangka tidak akan berlaku perbahasan.

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Baru Dua H4ri Parlimen Buk4, Sek4li Ku Li Minta Pind4h Kerusi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*