Lelaki jalani ku4r4nt1n ditemukan men1ngg4l berseorangan

Tangkak: Seorang pes4akit Cov1d-19 yang sedang menjalani ku4r4nt1n kendiri ditemukan men1ngg4al dunia di kediamannya di Jalan Bayan, Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecem4san pada 11.48 pagi dan seramai 13 anggota dikej4rkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, kem4ti4n Zuraimi Abd Aziz, 51, disedari anak saudaranya apabila menemui m4ngs4 tidak sedarkan diri ketika menghantar bekalan makanan.

“Anak saudara m4ngs4 berasa cur1ga kerana bekalan makanan yang dihantar sebelum ini belum disentuh, dia menjenguk dari tingkap dan mendapati bapa saudaranya itu dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri atas sofa.

“Anak saudaranya kemudian menghubungi pihak berkuasa dan menyerahkan kunci kediaman kepada pihak bomba untuk melihat keadaan m4ngs4.

“Pegawai perubatan yang hadir mengesahkan m4ngs4 men1ngg4al dunia. M4yat diserahkan kepada p0lis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Sumber : HM

Be the first to comment on "Lelaki jalani ku4r4nt1n ditemukan men1ngg4l berseorangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*