Nenek men1ngg4l dunia, Caprice terk1lan tak dapat kenalkan bakal isteri

MASIH berada di Mesir, penyanyi rap Caprice menerima berita sed1h berhubung pem3rg1an nenek tersayang pada pagi Selasa.

Tanpa berkongsi maklumat terpeinci mengenai punca kem4tian, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, meluahkan rasa terk1lan tidak dapat menunaikan janjinya untuk membawa arw4h tinggal bersama ibu dan bapanya di Kuala Lumpur.

“Pagi tadi semasa solat Subuh saya dikhabarkan berita kehil4ngan nenek.

“Impian dan janji saya untuk menempatkannya di rumah bersama ibu bapa saya di KL tidak tercapai,” tulisnya di ruangan kapsyen.

cap nene men1ngg4l

Perkongsian Caprice di Instagram miliknya.

Selain itu, Caprice, berkata, dia juga gagal mengotakan janji untuk memperkenalkan pasangan hidupnya kepada Allahy4rham.

Dia juga ralat tidak dapat bersama menguruskan jen4z4h arw4h seperti yang mana dijanjikan sebelum ini.

Maaf, saya tidak dapat menunaikan janji saya dan bersamamu hari ini. Al-fatihah

CAPRICE

PENYANYI

“Saya juga tidak sempat menunaikan impian dan janji bahawa suatu hari saya akan membawa jodoh dengan anak-anak agar dia dapat bangga.

“Maaf, saya tidak dapat menunaikan janji saya dan bersamamu hari ini. Al-fatihah,” tulisnya lagi.

Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Julai lalu bagi mengikuti misi bantuan kemanusiaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Nenek men1ngg4l dunia, Caprice terk1lan tak dapat kenalkan bakal isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*