Terjej4s sejak PKP, jurugambar jual barang kesayangan demi sambut kelahiran ahli keluarga baharu… tak boleh rentas negeri punca urus niaga lambat

DEMI isteri tercinta, apa sahaja sanggup dilakukan oleh jurugambar ini.

Menurut Zainin Zamanhuri, dia yang terk3san sejak Pandemik cov1d-19 mel4nda terpaksa menjual beberapa barangan berharga demi menyambut kelahiran anak ketiga tidak lama lagi.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Zainin mendedahkan isterinya, Juliana Don kini sarat hamil lapan bulan.

Enggan meminta-minta, Zainin sebaliknya sanggup menjual motosikal, kerusi gaming, kelengkapan komputer dan beberapa utas jam tangan sebagai persediaan menyambut kelahiran itu.

“Saya memang terk3san sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Isteri pula dijangka melahirkan anak ketiga kami pada awal September.

“Jadi memang tak ada income langsung. Duit simpanan dah digunakan ketika PKP yang awal dulu.

zainin5

Zainin bakal menimang cahaya mata ketiga tak lama lagi.

“Akhirnya saya jual motosikal Yamaha LC yang dibeli pada 2017. Saya jual pada harga RM5,500. Lepas tiga minggu baru ada orang beli.

“Ramai yang nak beli tapi mereka tak dapat merentas untuk datang tengok. Disebabkan itu ia ambil masa sikit,” ujarnya.

Kata Zainin, motosikal itu masih berada dalam keadaan baik memandangkan ia digunakan di sekitar kawasan rumah sahaja sebelum ini.

Ujarnya lagi, timbul rasa sayang mengenangkan kenangan dengan motosikal itu, namun dia reda dan percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Saya juga berharap agar isteri dapat bersalin secara normal dan selamat.

ZAININ

“Kalau ikutkan sed1h juga. Motor dah habis bayar, motor cantik lagi. Tapi nak buat macam mana, kita lagi sayang isteri dan anak.

“Bila jadi ayah, tanggungjawab sangat besar. Saya kata, benda ini semua boleh dicari, tapi k3sihatan tak dapat dibeli.

“Dah dua bulan saya mulakan jualan ini. Saya jual kerusi gaming, barang komputer, tiga jam G-Shock dan satu jam untuk sport (fitness tracker). Semua ini barang yang saya jarang guna.

zainin1

Zainun berniaga air untuk menampung kehidupan.

“Duit hasil jual jam hari tu saya buat modal untuk beli mesin, buah-buahan dan botol untuk mulakan bisnes baru. Saya sekarang berniaga air beetroot.

“Saya guna 100 peratus ubi merah, epal hijau, lemon, madu, halia dan lobak merah,” ujarnya yang menetap di Meru, Ipoh.

Mengenai dirinya, Zainin mendedahkan dia sudah berkecimpung sebagai jurufoto sejak tahun 2014.

zainin3

Antara jam yang dijual olehnya.

Selain fotografi perkahwinan, dia banyak membuat photoshoot untuk bayi yang baru dilahirkan.

Kata Zainin, besar harapan agar pandemik berakhir segera dan dia boleh kembali bekerja seperti dulu.

“Saya juga mengharapkan agar isteri dapat selamat bersalin secara normal.

zainin4

Zainin banyak menjalankan photoshoot untuk bayi.

“InsyaAllah rasanya hasil jualan item-item ini sudah memadai untuk kami. Ada juga keluarga yang tawarkan bantuan, tapi saya nak usaha sendiri dulu,” ujarnya.

Zainin dan isteri, masing-masing berusia 35 tahun mendirikan rumah tangga pada 2013 dan mempunyai dua cahaya mata perempuan berusia tujuh tahun dan setahun enam bulan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Terjej4s sejak PKP, jurugambar jual barang kesayangan demi sambut kelahiran ahli keluarga baharu… tak boleh rentas negeri punca urus niaga lambat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*